Dasar Ekonomi Baru Tun Razak Sebenarnya Idea Sosialis
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun.
Tapi tahu tak yang sebenarnya DEB ni ialah satu idea sosialis?
Dasar Ekonomi Baru yang asal dikemukakan oleh Vladimir Lenin bagi memberi ruang pada perniagaan kecil dalam ekonomi terancang Soviet Union.
Semasa Tun Razak melanjutkan pelajaran di London, beliau terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Malah beliau sertai juga Parti Buruh di sana.
Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya – “RED book”, “NEP”.
Apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau perkenalkan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. Asasnya dasar ni mempunyai serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Tetapi akhirnya hanya dikenali sebagai dasar membantu orang Melayu.
Sejak zaman British lagi orang Melayu dah diberikan keistimewaan dari segi kuota biasiswa awam dan dapat kerja dengan kerajaan. Tapi British amalkan pulak Dasar Pecah dan Perintah dengan asingkan kaum-kaum kat Tanah Melayu, di mana orang Melayu selalunya berada di kawasan luar bandar untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Walaupun ada keistimewaan dari pihak British, kebanyakan golongan Melayu biasa masih tak dapat pendidikan sempurna kalau nak dibandingkan dengan golongan elit Melayu.
Kalau kita lihat statistik kemiskinan pada tahun 1970, orang Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 64.8% berbanding dengan kaum Cina iaitu 26% dan India 39.2%.
DEB berjaya kurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kadar kemiskinan berjaya turun dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005.
Meskipun kiri dan sosialisme tidak memerintah pusat ketika itu, polisi kerajaan era Tun Razak banyak dipengaruhi idea-idea kiri dan sosialisme. Antara polisi sosialisme lain ialah pembentukan Felda.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
___
Macam mana kita nak tau apa ideologi politik pemimpin sesebuah parti? Persoalan-persoalan seperti asas, ideologi dan prinsip politik dimuatkan di dalam POLITIK UNTUK PEMULA. Dapatkan segera!
https://bit.ly/3frB0C5
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source