Mask Girl, Realiti Gelap Standard Kecantikan Di Korea Selatan
Baru-baru ni tular drama bersiri terbaru keluaran Netflix bertajuk Mask Girl. Mask Girl ni mengisahkan tentang seorang perempuan yang ingin terkenal namun wajahnya yang kurang cantik menjadi penyebab dirinya sering disisih masyarakat. Mask Girl ni turut sentuh isu-isu sensitif lain seperti isu penyumbangleweng dan buli.
Kalau kita tukar sisi pandang kita ke kehidupan sebenar dan kita ambil satu aspek daripada drama ini, Mask Girl ni sinonim dengan keadaan Korea sekarang yang obses terhadap wanita kelihatan sempurna selamanya.
Kajian bertajuk Gender, Globalization and Aesthetic Surgery in South Korea menunjukkan dari tahun 2008, terdapat 20% gadis muda Korea menjalani pembedahan kosmetik untuk capai standard kecantikan.
K-pop membawa pengaruh besar di Korea dan bertanggungjawab mempromosikan sebahagian besar standard kecantikan yang ditetapkan oleh orang Korea. Mereka dianggap mengikuti trend kecantikan, jangkaan dan piawaian serta standard orang Korea Selatan.
Benda ni memang membawa impak yang sangat buruk. Lebih-lebih lagi tekanan untuk memenuhi piawaian kecantikan Korea yang tidak realistik ni tak hanya sampai kepada peminat dan penonton tempatan, malah di serata dunia.
Semakin ramai peminat global mula menginginkan pembedahan plastik untuk mendapatkan penampilan standard kecantikan Korea untuk wanita, termasuk lelaki.
Orang Korea ada sikap mendahulukan pendapat orang lain daripada pendapat diri sendiri. Ini merupakan salah satu ciri pemikiran bawaan Confucianism dan masih hidup dalam budaya Korea.
Dalam budaya Korea juga sudah terbiasa akan dorongan untuk melakukan perubahan kepada fizikal masing-masing. Seawal tamat sekolah menengah, gadis-gadis Korea juga diberi hadiah berupa sesi pembedahan plastik daripada ibu bapa tanda tamat sekolah.
Ini juga adalah sebab mengapa satu daripada tiga perempuan Korea pernah melakukan pembedahan plastik seumur hidup. Namun di sebalik paras rupa yang cantik selepas rawatan berjaya, banyak risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit.
Penetapan standard ni boleh mendatangkan akibat yang serius termasuk kurang keyakinan diri, kemurungan dan perasaan ingin bunuh mungkin ditanggung oleh peminat yang taksub. Malah menjadi buruk jugak menjadi penyebab untuk dibuli di sekolah sehingga membawa kesan buruk pada mental.
Keajaiban daripada pembedahan plastik memang tidak dapat dinafikan. Malah ia dapat mengubah nasib seseorang 360 darjah dan membuatkan seseorang seakan hidup kembali.
Oleh: Azizul Farhan
___
Ambil iktibar yang baik sahaja apabila melihat kepada cara hidup rakyat Korea, tegah perkara yang membawa kesan negatif kepada kita. Kenal bagaimana budaya Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA. Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source