Banyak pekerja dapat lebih daripada gaji minimum, bekas menteri diberitahu
PETALING JAYA: Kebanyakan perniagaan sudah membayar pekerja mereka atas paras gaji minimum, terutama pekerja separuh mahir dan mahir, kata Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng.
Mengulas cadangan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran yang mahu kerajaan menimbangkan meningkatkan gaji minimum RM1,500 ketika ini kepada lebih RM2,000, Ng berkata cadangan sedemikian akan menjurus pengurangan kerja dan inflasi.
“Hari ini, ia adalah pasaran kerja, dan kita sepatutnya biar pasaran tentukan gaji.
“Menentukan gaji minimum tanpa ambil kira produktiviti dan keuntungan mungkin menyebabkan sama ada perniagaan kurang mengambil pekerja atau memindahkan kos mereka kepada pengguna,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Kula yang juga bekas menteri sumber manusia, mencadangkan kerajaan menimbangkan menambah kadar gaji minimum. Beliau merujuk cadangan gaji kehidupan wajar yang dibentangkan dalam kajian Bank Negara Malaysia (BNM), pada 2017.
Ng berkata, meningkatkan kadar gaji minimum perlu ditangguh memandangkan kerajaan sedang mempertimbang pelaksanaan model gaji progresif.
“Samenta menentang sebarang penambahan gaji minimum di peringkat ini sehingga kita mempunyai kejelasan melibatkan model gaji progresif mahu dicadang kerajaan.”
Dalam pada itu, Lai Wei Sieng dari Universiti Kebangsaan Malaysia, mengalukan cadangan Kula sambil menambah ia mampu meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah.
Katanya, ia juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahli ekonomi itu berkata pandangan berlaku inflasi kesan peningkatan gaji minimum lebih tinggi disifatkan “keterlaluan”.
“Peningkatan kuasa beli terhad kepada isi rumah berpendapatan rendah sahaja. Ia tidak meningkatkan keseluruhan kuasa beli semua orang memandangkan bukan semua menerima pertambahan gaji.
“Sekalipun permintaan terhadap komoditi meningkat, inflasi akan kekal kecil mengambil kira kebanyakan komoditi merupakan barangan terkawal,” katanya.
Beliau berkata, isi rumah berpendapatan rendah kebiasannya mengutamakan perbelanjaan keperluan kerana kesusahan mereka.
Lai berkata, gaji minimum lebih tinggi perlu dilihat penyelesaian jangka pendek, berbanding model gaji progresif ingin dilaksana kerajaan merupakan penyelesaian jangka panjang bagi menambah baik kualiti hidup rakyat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source