Jaga penampilan, Che Ta tak bagi anak-anak pakai selipar
Umum mengetahui bahawa aktres popular, Rozita Che Wan antara selebriti wanita yang sentiasa mengambil berat akan penampilan diri walaupun sudah menginjak usia 50 tahun.
Namun begitu, aktres yang mesra disapa Che Ta itu mendedahkan kedua-dua anak lelakinya diajar untuk sentiasa memakai kasut apabila keluar dari rumah.
Menerusi video temu bual di TikTok @mediahiburanofficial, pemilik nama Rozita Abu Bakar itu memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar.
Walhal sekiranya pergi ke kedai serbaneka sekalipun, anak-anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Azzra juga perlu memakai kasut.
@mediahiburanofficial Aktres & usahawan, Rozita Che Wan Akui Sampai Sekarang Masih Urus Baju & Persiapan Anak-Anak, Enjoy Buat Sebab Sudah Jadi Minat. Kalau sudah namanya Che Ta Kan? Love Her! #MHnews #MediaHiburan #FYP
♬ A Musica Mais Fofa do Mundo – Bruno Portinho Trilhas para filmes
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je.
“Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya.
Namun begitu, perkara tersebut tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang lebih santai diajar oleh suaminya Zain Saidin.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta.
Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita itu mengaku dirinya gembira dan seronok dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’.
Sumber: TikTok @mediahiburanofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source