Anak Terkunci Dalam Fitting Room. Ibu Ni Kongsi Saat Cemas, Tarik Perhatian Umum!
Musim panas melampau yang melanda dunia kini membuatkan anak-anak kecil kita semakin kurang selesa. Tambah buruk keadaannya bila mana anak mula menggaru dan badan mula naik ruam-ruam kemerah-merahan.
Bagi meredakan masalah ruam ini, ada baiknya mama gunakan bedak sejuk untuk meredakan kegatalan. Boleh juga cuba tip dan petua menggunakan minyak bawang putih dan bedak sejuk, seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini untuk anak. Boleh kurangkan kegatalan anak.
Walaupun kat sini selalunya lewat petang hujan tapi siang panas terik & waktu malam memang terasa bahang panas lain macam sekarang ni.
Si kecik ni asyik berpeluh & dok menggaru je kat leher & pelipat lengan. Ruam peluh atau ruam panas ni sebenarnya disebabkan pori-pori kulit tersumbat akibat peluh berlebihan.
Bagi bayi & anak kecil, biasanya jadi ruam panas sebabkan kalenjar peluh belum matang sepenuhnya & sesetengah orang dewasa lak sebab kerap sangat berpeluh pada tempat-tempat tertentu.
Ruam ni kalau dah start menggaru, memang haru la jawabnya. Masa Fydh kecik dulu, memang teruk gak masalah ruam akibat peluh ni. Sampai kena gi hospital bagai sebab tempat digaru kena jangkitan.
Dah lah dia memang ada mild eczema, asyik berpeluh & gatal je. Bila dok menggaru siang malam, ruam dah kena jangkitan lak. Masa tu dapat ubat-ubatan untuk inflammation & losyen calamine gak.
Start tahun 2017 saya mula buat minyak garlic pelbagai guna untuk masalah eczema, ruam lampin, gatal-gatal, batuk, dll.
Alhamdulillah, lepas guna secara konsisten, memang nampaklah perubahan kat Fydh. Naik gatal akibat ruam panas pun terkawal.
Sebenarnya untuk ruam panas, tak boleh gunakan minyak garlic yang pekat & perlu dicairkan dulu. Sebab minyak boleh sebabkan sumbatan puri makin teruk. Tapi kandungan bawang putih dalam minyak boleh kurangkan inflamasi & penggunaan minyak zaitun pun sikit jer.
Minyak zaitun sendiri ada efek kurangkan inflamasi & mudah lak meresap dalam kulit, jadi secara tak langsung dapat kurangkan ruam akibat peluh tadi. Ditambah bedak sejuk & air mawar lak yang berfungsi sejukkan badan & kurangkan rasa gatal.
Bukan setakat anak, saya sendiri pun guna larutan minyak garlic ni tau. Masa mengandung anak ke-2 dulu, sepanjang mengandung badan asyik berpeluh & gatal-gatal kat badan terutama kat bahagian dada & belakang akibat perubahan hormon. Bila naik gatalnya tu sampai langsung tak boleh tidur.. Tapi alhamdulillah, lepas guna minyak ni kurang sikit gatal², barulah boleh tidur.
Apapun, bergantung pada individu gak serasi atau tak. Syukur kami sekeluarga memang serasi. Larutan minyak bawang putih ni bukanlah menyembuhkan, tapi sekadar mengurangkan gatal-gatal. Sekarang anak sulung pun dah tak perlu kerap ke klinik@farmasi macam dulu.
Tak payah dah beli krim untuk gatal-gatal bagai sebab ruam & gatal² terkawal. Bila gatal² je, bersihkan sikit kesan peluh & sapukan je larutan minyak ni. Saya suka simpan dalam peti sejuk sebab rasa segar. Bagi yang nak cuba, boleh tengok cara di bawah ya.
Larutan Minyak Bawang Putih Untuk Ruam Peluh
==========================================
Sedikit bedak sejuk
1 bahagian air
1 bahagian air mawar (untuk bayi@anak kecil sebaik²nya gunakan grade makanan ya supaya tiada bahan kimia@pengawet)
1 bahagian minyak bawang putih pelbagai guna
Botol pump kecil (travel bottle)
Cara:
1. Hancurkan/larutkan bedak sejuk dalam air.
2. Setelah semua bedak sejuk larut, masukkan larutan bedak ke dalam botol kecil.
3. Tambah air mawar.
4. Tambahkan minyak bawang putih.
5. GONCANG SETIAP KALI sebelum guna kerana lapisan minyak & air akan terpisah.
Larutan ni SANGAT DIGALAKKAN disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak simpan pada suhu bilik pun tiada masalah, cumanya suhu air yang sejuk gak berfungsi kurangkan gatal & memberikan rasa yang lebih menyegarkan.
Sebaik-baiknya sebelum sapukan larutan ni, lap atau bersihkan dulu kesan peluh dengan air paip@tisu basah untuk elak lebih banyak sumbatan pori kulit.
Jika anak tak serasi dengan minyak zaitun, JANGAN GANTIKAN dengan minyak kelapa sebab minyak kelapa tak mudah meresap dalam kulit seperti minyak zaitun.
Hanya gunakan sedikit je bedak sejuk, 1 bahagian air & 1 bahagian air mawar je. Tapi larutan bedak sejuk & air mawar tanpa minyak garlic hanya memberikan rasa sejuk & kurang sikit efek terapeutiknya.
Jangan gunakan minyak garlic dengan cara dibakar kerana masih ada rasa pijar & memedihkan kawasan luka akibat digaru!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source