Bank England Dipecah Masuk Tanpa Kerugian
Kalau orang pecah masuk vault bank, mesti rembat semua emas dan duit kan. Namun, ada satu kes di England yang menghairankan ramai orang.
Apa yang jadi sebenarnya?
Pada tahun 1836, terjadi sebuah peristiwa yang mengejutkan. Ada seorang pekerja pembersihan yang sedang membersihkan jalanan. Tiba-tiba dia terjumpa sebuah lubang yang muat untuk dimasuki manusia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Tanpa disangka, lubang itu terus tembus ke sebuah terowong sempit yang panjang. Lelaki ini pun turun untuk meninjau ke manakah penghujung terowong. Dia melalui sistem longkang lama yang ditinggalkan orang. Alangkah mengejutkan apabila dia mendapati, laluan rahsia ini membawanya sampai ke dalam sebuah bilik kebal Bank England yang menempatkan bertan-tan emas!
Bank England sewaktu itu sudah berusia 330 tahun dan tidak pernah berjaya diceroboh oleh sesiapa pun. Ia mempunyai lapan bilik kebal dan menjaga simpanan emas UK. Yang lawaknya, penyapu sampah ini dapat memasukinya tanpa disengajakan.
Lelaki ini boleh jadi orang Inggeris paling kaya, tapi apa yang dia buat akan mencengangkan korang!
Dia menghantar beberapa surat tidak bernama kepada pengurus bank. Dalam surat tu dimaklumkan bahawa ada laluan rahsia yang membolehkan orang untuk menceroboh masuk bilik kebal Bank England. Manager yang menerima surat tu tak percaya. Entah-entah hoax je.
Jadi, dalam surat terakhirnya dia suruh pengurus dan staf bank untuk menunggunya dalam bilik kebal pada hari dan masa tertentu. Dia nak buktikan dakwaannya. Pengurus kaget dan arahkan orang-orang dia untuk tunggu di bilik kebal pada waktu tersebut.
Pada masa yang dijanjikan, tengah diorang menunggu dengan penuh debaran, tiba-tiba lantai bilik kebal berbunyi. Alangkah memeranjatkan bila keluar seorang lelaki yang mengaku telah menulis surat kepada pengurus bank selama ini. Baru nak percaya!
Untuk menghargai kejujurannya, penyapu sampah ini diberikan saguhati £800 yang bersamaan £90,000 pound hari ini. Ok lah. Kalau lelaki ni rembat sorang lagilah tinggal habuk je.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Menarik kan kes yang berlaku kat Bank England ni. Korang yang berminat dengan kes jenayah, apa kata baca fiksyen DENDAM BAKAR untuk rasakan lagi debaran yang lebih mengasyikkan. Klik https://bit.ly/DendamBakarWebstore
Jangan lepaskan peluang pada 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Diskaun 11% untuk buku-buku baru iaitu KITAB TAMADUN EROPAH dan QUANTUM. Korang yang membeli di webstore atau walk in akan mendapat freegift istimewa!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source