Dakwaan sorok beras tak logik, penyebar dicabar beri bukti
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood menyifatkan dakwaan pengilang dan pemborong menyorok bekalan beras tempatan tidak logik kerana makanan ruji itu hanya mampu bertahan 45 hari sebelum diserang kutu beras.
Katanya, sama juga dengan padi yang mempunyai jangka hayat 60 hari.
Beliau berkata, stok semasa beras negara masih banyak, iaitu kira-kira 900,000 tan metrik dan mampu menampung keperluan bagi lima bulan akan datang.
“Daripada jumlah itu, ia melibatkan stok dagangan berjumlah 650,000 tan metrik, manakala stok kecemasan sebanyak 250,000 tan metrik.
“Beras tidak boleh disimpan lama kerana ia akan rosak, lagipun tiada kegunaan berbuat demikian. Stok beras negara juga masih banyak,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau mencabar penyebar berita palsu mengemukakan bukti berhubung tindakan menyorok stok beras.
“Saya cabar penyebar berita palsu ini buktikan. Jadi anak jantan, jangan lempar tuduhan, kemudian lari. Kita nak tahu di mana lokasi aktiviti demikian berlaku supaya tindakan undang-undang boleh diambil kepada pihak terlibat.”
Azman menasihatkan pengguna tidak melakukan pembelian panik dan menyimpan beras untuk jangka lama.
“Pengguna sepatutnya beli beras ikut keperluan isi rumah saja, tiada guna beli secara banyak hingga 10 kampit untuk satu keluarga. Untuk apa?”
Katanya, proses menuai sedang dijalankan di Kedah yang kini mencecah 20% daripada 40% hasil tuaian yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan dan proses itu akan diteruskan Kelantan serta Terengganu.
“Jadi, memang tiada masalah kekurangan stok.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source