Cuma suarakan kerisauan sebagai ibu, Neelofa pentingkan keselamatan anak di sekolah
Jenama fesyen Muslimah, Naelofar sekali lagi melancarkan produk terbaharu mereka yang bertemakan Disney Princess di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Kali ini, Naelofar memilih Cinderella, Belle, Aurora dan Rapunzel sebagai inspirasi dalam reka bentuk corak bagi tudung, gaun, jumper dan beg tote mereka.
Ketika bertemu pemiliknya Neelofa semasa majlis pelancaran, pihak Oh My Media sempat bertanyakan perkembangan berkaitan keluarga terutama anak pertamanya, Muhammad Bilal yang telah memulakan prasekolah minggu ini.
Sebelum ini, selebriti berusia 34 tahun itu berkongsi luahan mengenai pihak sekolah yang tidak membenarkan ibu bapa untuk mengakses kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau anak-anak.
“Apa yang saya kongsi di media sosial, itu merupakan luahan hati daripada seorang ibu. Ibu yang masih baru. Dalam hal parenthood, saya sama seperti ibu-ibu di luar sana yang concern tentang anak-anak mereka,” katanya.
Neelofa berkata, dia dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail hanya sudah tentu akan tenang sekiranya pihak sekolah dapat memastikan anak mereka berada dalam keadaan selamat.
“Apa yang saya cakap ni, saya rasa ibu-ibu boleh kaitkan dengan anak mereka sendiri. Lagi-lagi sekarang di media sosial, banyak CCTV yang viral dari prasekolah mengenai dera.
“Apa yang kita nampak dalam video-video tu, kita tak boleh fikir macam mana segelintir penjaga di prasekolah berkasar dengan anak-anak kita.
“Saya bercakap ini bukan untuk saya sahaja, tapi saya rasa untuk semua ibu-ibu yang tak bersalah di luar sana, yang mempunyai komitmen lain seperti bekerja.
“Saya rasa, semua ibu-ibu kat luar sana nak akses kepada CCTV sekolah anak mereka kalau boleh. Bagi saya, sepatutnya benda ni boleh jadi unique selling point untuk taska dan saya faham kalau ada orang yang kata ianya bukan idea yang baik tapi tak mustahil untuk laksanakan perkara ini di sekolah,” ujarnya.
@ohmymedia.cc Ulasan Neelofa berkenaan isu CCTV di prasekolah anaknya, Bilal #neelofa #selebriti #ommbest #fyp @neelofa
Sebelum ini, Neelofa pernah berkolaborasi bersama Disney dan mengeluarkan produk yang sama berdasarkan karakter berlainan. Namun begitu, keunikan produk kali ini tiada kurangnya berbanding produk sebelum ini.
Menurut Neelofa, pihaknya telah memilih keempat-empat Disney Princess tersebut yang merupakan simbol kepada impian yang tercapai tidak kira apa situasi sedang dihadapi.
“Siapa taknak berkolaborasi bersama puteri Disney kan? Bagi saya, ini adalah satu rezeki yang sangat istimewa kepada saya dan team saya, untuk berkolaborasi bersama Disney,” katanya.
Malah walaupun sibuk menguruskan perniagaan, bekas pengacara MeleTOP itu tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Tak cukup masa sebenarnya. Kena ada kat office tapi pada masa yang sama saya kena ada bersama keluarga saya untuk jaga makan dorang, masak untuk dorang, mandikan anak.
“Disebabkan itu, saya kena manage masa saya. Saya susun jadual saya untuk pastikan saya ada masa bersama dengan keluarga saya,” kongsinya lagi.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source