Datin Patimah tetap sokong Puteri Sarah -“Biar dia meroyan, jealous la tu”
Ibu kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah memuat naik gambar Puteri Sarah di Instagramnya dengan kapsyen seperti menyebelahi pelakon tersebut.
Datin Patimah sokong menantu
Dalam kapsyen berkenaan, dia mengatakan yang tindakan pihak-pihak tertentu langsung tidak menjadi kudis kepada menantunya itu.
“Puteri Sarah Liyana tak jadi kudis pun, biar dia meroyan, jealous tu,” tulisnya.
Datin Patimah kata, tak jadi kudis pun buat Puteri Sarah
Walaupun posting yang dibuat Datin Patimah tidak menyebut nama mana-mana pihak, ramai yang dapat meneka bahawa ia ditujukan kepada bekas menantu pelakon senior, Kazar Saisi yang dikatakan berani ‘menjentik’ Puteri Sarah.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya kelmarin yang memuat naik tangkapan layar mesej dari seorang individu dengan bekas menantu Kazar di mana wanita berkenaan seolah-olah menuduhnya berkomunikasi dengan lelaki lain ketika dalam tempoh idah.
Menerusi mesej tersebut, bekas menantu Kazar telah menghantar mesej seperti mempertikaikan tindakan seseorang yang masih lagi dalam idah namun sudah berbual dengan lelaki lain di panggilan video.
Tambahnya, walaupun apa yang suami telah lakukan kepadanya, tindakan wanita yang melakukan hal tersebut ketika masih dalam idah sama sahaja seperti tidak menjaga maruah diri sebagai seorang isteri.
Artikel lain: Selepas disaman, bekas menantu Kazar masih berani ‘jentik’ Puteri Sarah?
Bagus Datin tak menyokong yang salah walau anak terpalit
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji apa yang dilakukan oleh Datin Patimah kerana tetap berpihak kepada menantunya walaupun sudah bukan lagi bergelar isteri kepada Syamsul.
Mereka juga akui berasa bertuah jika memperoleh mentua seperti Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah kerana tidak menyokong tindakan yang salah.
Sokongan yang kuat untuk wanita yang hebat
Semoga hubungan baik Datin & Puteri Sarah kekal hingga ke Jannah
Satu dalam sejuta kalau dapat mentua macam ni
Sumber: Instagram patimah8057
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source