Elak Ambil Ubat Sebarangan Atasi Sembelit, Usaha Cegah Sembelit Sejak Awal Kehamilan!
Kita selalu mendengar mengenai keguguran pada awal kehamilan. Tetapi sebenarnya ibu hamil turut berdepan risiko keguguran pada trimester ke-2. Jom ketahui punca keguguran yang boleh terjadi.
Memasuki trimester ke-2
Keguguran pada trimester kedua adalah kehilangan janin dalam kandungan yang berlaku secara khusus antara minggu ke-13 hingga ke-24 kehamilan.
Umumnya, purata kehilangan kandungan pada tempoh ini adalah kurang daripada 1%. Selepas tempoh 24 minggu, keguguran yang berlaku akan diklasifikasikan sebagai kelahiran mati (stillbirth) atau kematian bayi (neonatal death).
Tidak kira bila kehilangan kandungan terjadi, setiap ibu yang mengandung wajar untuk mengetahui punca keguguran tersebut. Penyebab gugurnya kandungan pada trimester ke-2 adalah berbeza-beza. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehilangan tersebut bukan disebabkan oleh faktor tindakan individu lain.
Ada kalanya, keguguran yang berlaku tidak dapat dijelaskan puncanya.
Punca keguguran trimester ke-2
Berikut antara keadaan kesihatan yang boleh menjadi faktor yang menyebabkan keguguran dialami ibu, antaranya:
1. Keabnormalan kromosom
Keadaan kecacatan kromosom seperti trisomi, adalah penyebab utama kehilangan kandungan. Ujian pranatal yang dilakukan mungkin membuatkan anda menyedari mengenai perkara ini, namun dalam sesetengah kes ia tidak dapat dikesan.
2. Jangkitan menjadi penyebab keguguran trimester ke-2
Jangkitan rahim adalah satu lagi punca keguguran. Sebarang jangkitan pada rahim yang tidak dirawat atau teruk boleh menyebabkan kehilangan kandungan secara spontan, termasuklah:
- Vaginosis bakteria
- Klamidia
- Gonorrhea
- Trichomoniasis
- Vaginitis virus
3. Keadaan kronik tidak terkawal
Ibu mengandung dengan masalah kesihatan kronik juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Dalam kebanyakan kes, risikonya semakin meningkat jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup.
Sesetengah keadaan kesihatan kronik boleh membawa risiko kehilangan kandungan bergantung kepada tahap keparahannya.
Contohnya seperti:
- Penyakit autoimun seperti scleroderma dan sindrom antibodi antifosfolipid
- Diabetes
- Hipertensi (tekanan darah tinggi)
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Penyakit tiroid
Risikonya boleh jadi lebih tinggi pada wanita yang mempunyai tabiat merokok, masalah obes atau mengalami masalah hormon.
4. Kecacatan kongenital
Kecacatan kelahiran kongenital sering diwarisi tetapi ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan semasa kehamilan. Keadaan lain yang boleh mengakibatkan kecacatan ini adalah pendedahan ibu hamil terhadap ubat teratogenik (penyebab kecacatan), bahan kimia atau toksin.
Kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung atau otak pada bayi dalam kandungan yang sedang membesar menjadikan kehamilan anda tidak dapat dilahirkan.
5. Keguguran trimester ke-2 disebabkan masalah plasenta
Salah satu masalah melibatkan plasenta ini disebut sebagai gangguan plasenta. Dalam keadaan normal, plasenta akan melekat pada dinding rahim dan berperanan untuk membekalkan nutrien kepada bayi melalui tali pusat.
Jika berlaku gangguan seperti plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum tiba masa bersalin, ia menghalang proses tumbesaran apabila bayi tidak mendapat nutrien dan oksigen yang diperlukan. Antara gejala gangguan plasenta termasuklah pendarahan faraj, sakit perut, kontraksi rahim, kekejangan dan sakit belakang pada 12 minggu terakhir kehamilan.
6. Rahim lemah
Turut dikenali sebagai ketidakseimbangan rahim, iaitu keadaan di mana rahim lemah. Ia akan mula melebar dan terbuka sekali gus menjadikannya antara punca keguguran berlaku.
Sesetengah wanita menghadapi keadaan ini setelah proses kelahiran yang mencabar atau pernah menjalani prosedur berkaitan serviks seperti loop electrosurgical excision procedure (LEEP) atau laser ablation.
Ada juga wanita yang mengalaminya kerana kecacatan rahim kongenital. Antara simptom bagi keadaan ini termasuklah sakit belakang, pendarahan faraj, kekejangan perut, tekanan pelvis dan keputihan.
Namun, terdapat juga ibu hamil dengan rahim lemah langsung tidak mengalami sebarang gejala.
7. Trombofilia ketika mengandung
Antara punca kehilangan kehamilan pada trimester ke-2 adalah trombofilia. Ia adalah peningkatan risiko pembentukan darah beku dalam saluran darah seperti urat dan arteri.
Keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah kelainan genetik atau sistem imun seperti lupus. Ia boleh mengakibatkan masalah berkaitan plasenta dan tali pusat. Antara simptom yang boleh dialami adalah rasa sakit, bengkak pada kaki – biasanya di betis, kulit kemerahan – terutamanya pada bahagian belakang kaki di bawah lutut.
8. Trauma perut
Sebarang trauma seperti kemalangan kenderaan, jatuh atau dipukul pada perut boleh mencederakan anda dan bayi yang sedang membesar. Situasi tersebut secara tidak langsung mendatangkan potensi keguguran.
Elakkan aktiviti fizikal berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan diri. Jika mempunyai anak lain, sekiranya boleh cuba kurangkan kelakuan lasak mereka apabila bersama anda.
9. Punca keguguran trimester ke-2 tidak diketahui
Ada kalanya kehilangan kandungan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Malah tidak kira berapa banyak doktor menyiasat, tiada punca yang dapat dikenal pasti. Mungkin sukar untuk dipercayai, namun keadaan ini terjadi lebih kerap daripada yang disangka.
Pemeriksaan doktor
Sekiranya anda pernah mengalami keguguran kandungan pada trimester kedua dan kembali hamil, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor pada tempoh awal kehamilan. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada perlu melakukan pemantauan tambahan atau tidak.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source