Bising & sediakan minuman keras, budak ‘punk’ buat konsert liar di Felda Paloh? budak punk buat parti liar di felda paloh
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan budak ‘punk rock’ yang dipercayai buat konsert liar di Felda Paloh, Gua Musang, Kelantan.
Budak ‘punk’ buat konsert liar
Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan budak ‘punk’ sedang asyik menghayati dan memanfaatkan konsert liar tersebut selain turut dilihat membawa kanak-kanak.
Melihat kepada video tular dimuat naik oleh pengguna TikTok Dzulhilmi Zainol, nampak gayanya budaya yang dibawa dari barat berkait dengan muzik keras sejak awal 70-an masih lagi menular di negara ini.
Seakan tidak percaya budak punk mengadakan konsert di Gua Musang, , individu berkenaan meninggalkan soalan sama ada ia benar-benar berlaku di Gua Musang seperti mana dilihatnya.
“Betulkah apa yang aku lihat?”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
@dzulhilmi.zainol betol kah apa yang aku lihat. #punknotdead #Kelantan #FYP
Orang kampung mengadu, budak punk bising
Kejadian tersebut juga berjaya mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat setempat lebih-lebih lagi ia diadakan di kawasan perkampungan.
Memetik laporan Kosmo! Online, seorang penduduk yang mahu dikenali Hakim berkata, penduduk Felda berkenaan telah pun membuat tindakan aduan kepada pihak berkuasa.
Ia berikutan mereka telah membuat bising di kawasan kampung berkenaan selain turut dilihat menghidangkan minuman keras.
“Bunyi bising serta kelihatan minuman keras turut dihidangkan dalam konsert tersebut. Difahamkan bukan penduduk di sini yang anjur, tetapi orang luar.
“Namun saya terkejut konsert punk boleh masuk dalam kawasan kampung malah berada di Hulu Kelantan ini,” katanya.
Artikel berkaitan budak punk: Ebit Lew sebak jumpa dua remaja ‘punk’ di Jakarta -“Kami dah lama tak solat…”
Pastinya ramai terkejut dengan penganjuran konsert berunsurkan budaya kuning dari barat itu kini diadakan dan menular di kawasan pedalaman Kelantan.
Mana tidaknya, umum sedia maklum negeri terbabit amat terkenal dengan pegangan agama Islam yang kuat. Oleh itu, adalah mustahil jika ia boleh berlaku terutamanya konsert liar budak punk itu diadakan di sebuah dewan besar dekat DUN Paloh.
Difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Istiadat Agama Islam Kelantan (MAIK) telah pun mengambil tindakan terhadap penganjur konsert itu.
Sumber: TikTok @dzulhilmi.zainol, Kosmo! Online
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source