Pemilik Kilang OEM & Hub Di US Raih RM1 Juta Sebulan, Anak Jati Kelantan Ini Jadi Inspirasi Anak Muda
Hebat betul wanita muda ini, terinspirasi dan cemburu penulis dengan kejayaannya.
Meniti usia 30 tahun, Nur Hazreen Mohd Ramzi atau mesra disapa Reen mampu tersenyum bangga apabila perniagaan yang diusahakan kira-kira enam tahun lalu mendatangkan hasil lumayan.
Dia yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari Universiti Malaya kini merupakan Pengarah Produklega Supplies Sdn Bhd.
Merendah Diri
Biarpun masih muda namun Reen matang mendepani dugaan bergelar usahawan dan mendapat kepercayaan kebanyakan pengasas produk di negara ini. Dalam temu bual, dia dalam nada merendah diri sama sekali tidak menyangka anak kampung sepertinya yang membesar dengan suasana hulu kampung di Jeli, Kelantan berupaya memiliki aset dan syarikat berskala besar.
Lebih manis, hasrat untuk membangunkan empayar niaga sendiri mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan ahli keluarga.
“Masa zaman universiti di tengah Kuala Lumpur, bagi anak kampung yang terbiasa dengan taraf hidup rendah, hidup di sini sangatlah mencabar. Serba-serbi mahal. Dorongan terbesar adalah asakan hidup dan keinginan untuk gapai tiap satu ‘bucket list’ kehidupan.
Minat dalam OEM bermula apabila keinginan untuk keluarkan produk sendiri terbantut dek kerana modal dan kos yang tinggi untuk marketing produk tersebut. Jadi pada tahun 2018, daripada ingin menjadi ‘founder’, saya tukar arah kepada melahirkan ‘founder’ sebab modalnya ialah kepercayaan.
Klien pertama saya ialah rakan sebilik masa matrikulasi yang mengeluarkan produk wax strip diambil dari China dan dibungkus semula di Malaysia. Alhamdulillah produk berhasil.”
Difahamkan modal permulaan Reen waktu itu ialah RM300 yang diberikan mak ayah kepadanya sebagai duit poket. Dedahnya, duit itulah digunakan untuk tambah nilai Paypal memandangkan pengedar dari China hanya menerima transaksi pembayaran itu.
“Dari situ, saya mula mencari ruang dan peluang melahirkan lebih ramai pengasas dengan cara menempah di China kerana lebih murah dan mendaftar produk import. Alhamdulillah pendapatan syarikat kini cecah lebih 1 juta sebulan dan sekarang kita dah ada 1 hub di US, 1 kilang OEM sendiri serta gudang di Kapar, Klang dan 1 showroom di Denai Alam, Shah Alam.
Sepanjang Produklega Supplies Sdn Bhd ditubuhkan kami berjaya menghasilkan lebih 300 jenis produk termasuklah supplemen, skincare dan kosmetik.”
Tambah Reen lagi, “Dari hanya pengantara antara kilang China dengan pengasas, kini saya pemilik kilang OEM jenama sendiri. Malah, dapat lahirkan jutawan muda dan paling penting
‘bucket list’ tercapai! Saya dapat bawa mak abah menunaikan umrah, pergi melancong dan belikan adik-adik kenderaan.”
Menceritakan cabaran terbesar menjadi usahawan, ini jawapan jujur Reen. “1000 hari pertama dalam hidup usahawan adalah satu ‘sumpahan’. Maka laluinya dengan tenang. Terus istiqamah dan fokus.
Ada kegagalan, terima dan baikinya. Tak ada kejayaan yang datang bergolek. Habis 1000 hari, tuailah hasil selaras usaha.
Kesalahan terbesar usahawan muda ialah nak nampak gah. Itu semua tak perlu. Sebaliknya, perlu bina hubungan baik dengan semua. Tak siapa tahu, rezeki datang dari sudut mana. Be humble. Jangan cepat melatah, tiap masalah ada jalannya.”
Mengulas lanjut keistimewaan syarikat miliknya, isteri juruterbang iaitu Muhammad Afiq Faisal yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, “Kami siapkan A to Z agar para pengasas tidak perlu fikir soal penghasilan produk.
Malah kami tawarkan sekali marketing bagi melariskan produk. Selain jalin usahasama dengan negara-negara luar seperti China, Indonesia, Singapura dan Brunei bagi memudahkan pengasas untuk import atau eksport produk termasuk bahan mentah dari negara-negara tersebut. Pendek kata all in! Tinggal jual dan jadi jutawan.”
Terbukti Reen seorang wanita berjiwa kental dan optimis. Moga kejayaan yang diraih usahawan ini menjadi sumber inspirasi terutamanya buat remaja di luar sana untuk mengejar impian!
Kredit : Nona
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source