Terus terjun , Wira Trafik puas selamatkan nyawa pemandu hampir tenggelam
Tindakan pantas tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyelamatkan seorang pemandu kenderaan ultiliti sukan (SUV), Nissan X Trail yang hampir lemas dalam banjir kilat berdekatan Jalan Chan Sow Lin petang semalam menarik perhatian ramai.
Wira Trafik terjun selamatkan pemandu
Namun, apa yang menarik perhatian adalah tindakan salah seorang anggota lantas terjun ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa.
Menerusi video tular, mangsa berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak dapat membuka pintu bahagian pemandu yang ditenggelami air.
Bagaimanapun, berjaya dibawa keluar melalui pintu penumpang belakang yang masih terapung selepas beberapa minit kemudian.
@selangortv Tindakan pantas tiga anggota polis berjaya menyelamatkan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hampir tenggelam susulan banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin, di sini, petang semalam. Tiga anggota berkenaan Koperal Syed Syafiq Syed Halim, Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail dan Lans Koperal Shahrip Kamaruzaman bertindak pantas menyelamatkan mangsa Sumber: JSPT KL MediaSelangor
Hanya fikir nak selamatkan nyawa …
Terbaharu, memetik laporan Kosmo! Online, anggota trafik dikenali Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail, 34, menyatakan dirinya hanya fikir mahu menyelamatkan nyawa pada ketika itu.
Cerita beliau yang bertugas di Balai Tun H.S. Lee, ketika kejadian dia menerima laporan mengatakan terdapat seorang pemandu terperangkap dalam kenderaan ketika mengharungi banjir kilat di kawasan berkenaan.
Ujarnya, dirinya tidak berfikir apa-apa, lantas terus terjun ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa.
“Kebetulan waktu itu saya sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran. Setibanya di lokasi kejadian, saya kemudian membuat penutupan jalan dan ketika itu saya lihat mangsa sedang panik di dalam kenderaannya.
“Saya memang tidak fikir apa-apa masa itu, dengan helmet (topi keledar) pun saya tak buka. Saya lihat kenderaan itu dah terapung dan air mula memenuhi dalam ruangan kenderaan mangsa.
“Tanpa berlengah saya terus terjun ke dalam air. Masa itu saya hanya fikir nak selamatkan mangsa sahaja,”katanya
Rasa puas selamatkan mangsa
Muhammad Afizul berkata, meskipun dirinya terpaksa meredah air pada kedalaman para dagu atau lebih kurang 1.5 meter, dirinya tetap puas kerana berjaya menyelamatkan mangsa.
“Saya rasa puas bila dapat selamatkan mangsa, walaupun semua barangan saya basah termasuk pakaian, telefon bimbit, ‘walkie-talkie’ serta senjata,”katanya yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia.
“Walaupun saya tahu ia berisiko tetapi dengan kursus dan sedikit pengalaman yang saya ada, saya harap kejadian semalam (kelmarin) dapat menyuntik semangat saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat pada masa akan datang,”jelas anak jati Lahad Datu, Sabah itu.
Selain Muhammad Afizul, dua lagi anggota yang menjadi wira menyelamat mangsa ialah Koperal Syed Syafiq Syed Halim dan Lans Koperal Shahrip Kamaruzaman.
Sumber: TikTok @SelangorTV, Kosmo! Online (Ahmad Shaherman Shamsuri)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source