Lebih 7,000 Peminat EDM Gegarkan Neon Music Festival 2023 Di Sunway Lagoon!
REMAJA percaya, ramai yang memahami apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual. Tentunya korang akan mengaitkan dengan perlakuan tanpa kerelaan si mangsa sama ada ia melibatkan sentuhan, tulisan, percakapan atau lisan, pandangan atau perlakuan fizikal termasuklah rogol, liwat, ciuman dan sebagainya.
Namun, tidak semua orang benar-benar memahami apakah maksud sebenar amang seksual. Adakah ia juga sejenis gangguan seksual? Adakah ia melibatkan sentuhan? Adakah ia sebentuk jenaka atau gurauan semata-mata? Haa.. keliru kan?
Terma amang seksual semakin diperkatakan setelah beberapa kes prolifik di Malaysia kebelakangan ini membabitkan pertuduhan amang seksual terutamanya yang melibatkan tertuduh berstatus selebriti.
Menurut kata pakar, amang seksual atau dalam Bahasa Inggeris, sexual assault berlaku apabila seseorang (atau lebih) mangsa dipaksa, ditekan atau ditipu untuk melakukan apa-apa bentuk aktiviti seksual seperti memegang, mencium atau melakukan hubungan intim tanpa kerelaan.
Jadi sekiranya ia melibatkan perbuatan fizikal tanpa rela, apa bezanya dengan jenayah lain seperti merogol atau meliwat.
Ya, amang seksual merupakan satu bentuk gangguan seksual. Hatta jika seseorang hanya memegang anda tanpa rela seperti mengusap tangan, ia sudah boleh dikira sebagai amang seksual. Perkataan ‘amang’ itu sendiri merujuk kepada mengancam, menggugat atau menakut-nakutkan.
Rogol pula dalam konteks perundangan di Malaysia bermaksud perbuatan ‘penetration’ atau memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan mangsa. Sekiranya mangsa itu berusia di bawah 16 tahun, ia sudah dikira sebagai rogol statutori.
Liwat dalam pada itu bermaksud ‘penetration’ tetapi melibatkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.
Oleh itu, sekiranya dua perbuatan ini tidak berlaku kepada mangsa tetapi mangsa masih diganggu atau diserang dengan perlakuan seperti diraba, dicium dan apa-apa perbuatan lain yang tidak melibatkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj atau dubur; ia diklasifikasikan di bawah kes amang seksual.
Ingat! Walaupun seseorang mangsa pada awal perlakuan mungkin bersetuju untuk melakukan hubungan intim, dia masih berhak menghentikannya di tengah jalan. Sekiranya pasangannya itu tidak mahu berhenti, ia sudah boleh dikira sebagai gangguan seksual atau amang seksual.
Seperkara lagi, bukan perempuan sahaja boleh menjadi mangsa seksual tetapi juga lelaki seperti yang disaksikan kita semua dalam pembacaan pertuduhan pada hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Kena-Mengena Caprice Dalam Skandal Amang Seksual PU Azman Dengan Remaja Lelaki? – REMAJA
Sebagai remaja yang bijak dan mempunyai maruah diri, korang perlu mengetahui maksud di sebalik istilah ‘consent’ atau kerelaan. Ketahui juga bahagian badan adalah objek yang sensitif, tidak boleh dipegang atau dilihat sesuka hati oleh mana-mana insan termasuklah ibu bapa sendiri dan dan korang mempunyai hak ke badan sendiri
Seperkara lagi, tidak salah untuk korang mengatakan TIDAK kepada sesiapa saja yang ingi menyentuh atau cuba untuk memperdayakan korang dengan niat ingin melakukan gangguan seksual. Sekiranya korang menjadi mangsa, jangan sesekali menyimpan rahsia ini dan segeralah melaporkannya kepada pihak yang boleh dipercayai.
BACA LAGI : “Jangan Mandi, Mangsa Rogol Perlu Terus Ke Balai Polis” Bakal Peguam Ini Jelaskan Kenapa – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source