Bella Astilah dakwa Sophia AlBarakbah menipu, balik selepas Aliff buat persembahan Bella Astillah dakwa Sophia AlBarakbah tipu
Penyanyi yang juga pelakon, Bella Astillah mendakwa aktres Sophia AlBarakbah menipu dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar apabila disoal oleh wartawan, hari ini.
Bella Astillah dakwa Sophia tipu?
Pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, penjelasan pelakon drama From Saga With Love disifatkan tidak benar selepas aktres itu menyatakan kehadirannya ke program realiti, Gegar Vaganza musim ke-10 tiada kaitan dengan salah seorang peserta, Aliff Aziz yang juga suami Bella.
Bella berkata, nama Sophia tiada dalam senarai tetamu dan aktres berkenaan keluar daripada auditorium selepas suaminya selepas membuat persembahan.
“Ya Allah, masih nak menipu. Stay selepas Liza Hanim (buat persembahan)? Seriuslah dia ni. Dahlah nama tiada dalam senarai tetamu.
“Kemudiannya, terus balik selepas Aliff menyanyi. Dahlah duduk depan wartawan, kemudian nak menipu lagi.
“Tapi, tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,”tulis Bella.
Datang tak sokong Aliff, tapi sepupu…
Sementara itu, Sophia berkata dirinya hadir ke GV10 untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk segmen GV Live+ pada hari tersebut.
“GV itu untuk apa? Siapa yang masuk Gegar Vaganza? Bukankah ramai artis yang masuk.
“Lagipun saya hadir pada hari tersebut untuk menyokong Aisha sebab dia buat persembahan,” katanya.
Ada hak hadir untuk beri sokongan pada sesiapa sahaja
Tegas Sophia, dia juga mempunyai hal untu hadir ke sebarang acara hiburan termasuk konsert Gegar Vaganza.
Katanya lagi, dia juga pulang ke rumah selepas sepupunya selesai membuat persembahan iaitu kira-kira pada jam 11 malam.
“Saya pulang sekitar pukul 11 malam selepas Aisha buat persembahan.
“Sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu pun sebab benda sudah lama berlaku. Saya juga ada hak untuk pergi menyokong sesiapa,” ujarnya.
Bukan ke patut jaga hati isteri sendiri?
Dalam hantaran berikutnya, Bella turut mempersoal penjelasan yang diberikan oleh suaminya sendiri berhubung isu tersebut.
“Belum berhubung lagi? Kenapa, akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana, bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting?”soalnya di Insta Story.
Artikel lain: Isu dituduh ‘sondol’ Aliff Aziz, Sophia Albarakbah akui emosi kacau bilau
Terdahulu, Sophia Albarakbah teruk dihentam netizen selepas Bella Astillah mendedahkan ada heroin drama yang sedang berlakon dengan suaminya cuba menggangu keharmonian rumah tangga mereka.
Walaupun tidak mendedahkan secara terus, netizen telah menyerang Instagram Sophia memandangkan hanya pelakon itu sahaja yang sedang bekerja dengan Aliff Aziz.
Sumber: IG Bella Astillah, officialhlive
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source