Kopi Ais Yang Menghumban Jessica Wongso Ke Dalam Penjara
Kalau korang rajin layan Netflix, mesti korang perasan ada filem dokumentari baru keluaran Netflix bertajuk Ice Cold: Murder, Coffee and Jessica Wongso.
Apa cerita disebalik jenayah ni sebenarnya?
Mirna Salihin berusia 27 tahun meninggal dunia selepas minum kopi ais Vietnam yang disyaki dicampur dengan sianida pada tahun 2016.
Selepas disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital di Jakarta, mata-mata tertuju kepada rakan baiknya, Jessica Wongso yang dipercayai polis sebagai suspek utama.
Macam mana Mirna dengan Jessica ni boleh kenal?
Jessica dan Mirna pernah belajar bersama di kolej reka bentuk Sydney, Billy Blue selama beberapa tahun.
Selepas tamat pengajian, Jessica menetap di Australia selama tujuh tahun dan bekerja sebagai pereka grafik manakala Mirna kembali ke Indonesia.
Menurut laporan polis Australia, Jessica ada sejarah kesihatan mental. Ini termasuk 4 percubaan bunuh diri, kemalangan jalan raya disebabkan alkohol dan banyak lagi.
Apa yang jadi semasa perbicaraan?
Pihak pendakwa dakwa Jessica dan Mirna ada berselisih faham pasal teman lelaki Jessica di Australia. Mirna suruh Jessica putus dengan teman lelakinya yang sering kasar dan penagih dadah.
Pihak pendakwa dakwa Jessica marah dan kecewa dengan Mirna. Lagi-lagi bila Mirna tak jemput pun Jessica masa majlis perkahwinannya. Lagi la member bengang.
Selepas perbicaraan selama 4 bulan, Jessica dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana meracuni Mirna. Para hakim terima dakwaan pendakwa yang Jessica letak dos sianida ke dalam kopi Mirna.
Pihak pendakwa dakwa Jessica letakkan tiga beg beli-belahnya atas meja untuk tutup minuman dan halang pandangan CCTV.
Yang anehnya dalam kes ni, fakta-fakta kebanyakannya datang daripada saksi pakar dan langsung tak wujud bukti konkrit.
Tak ada bukti Jessica masukkan sianida dan tak ada siapa yang nampak Jessica masukkan racun itu.
Daripada rakaman CCTV hingga kepada ujian toksikologi yang dijalankan 70 minit selepas kematian Mirna Salihin, tak ada kesan sianida dalam air kencing, hati atau hempedunya.
Hanya beberapa hari selepas kematiannya, kesan kecil sianida ditemui di dalam perutnya.
Rayuan Jessica ditolak Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung. Jessica Wongso sekarang masih kekal dalam penjara dan kini dah dihukum penjara selama selama tujuh tahun.
Apa pendapat korang? Jessica Wongso ni bersalah atau tidak?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source