Bermalam Di Penang Hill Dan Ke Escape Penang, Tip Ini Anda Patut Tahu
Sesekali nak merasa bermalam di Penang Hill, anda boleh ikuti pengalaman wanita ini, yang mana beliau bercuti sekeluarga ke Penang beberapa hari untuk merasa suasana bermalam di atas Penang Hill dan ke Escape Penang.
Jom baca perkongsian Puan Felicia Ramzi dulu…
Bermalam Di Penang Hill Dan Ke Escape Penang
Penginapan hari pertama, 6 Sept 2022:
Bellevue the Penang Hill Hotel & Restaurant.
Idea ini tercetus selepas saya mencari-cari apa lagi aktiviti yang boleh kami lakukan di Penang Hill.
Maklumat atau perkongsian sesiapa yang pernah menginap di atas ni agak susah untuk dicari. Saya gunakan pelbagai platform untuk mencari maklumat dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menempah bilik Family Garden View (triple room) dengan harga RM310/semalam.
Lokasi hotel:
Terletak di belakang ‘Typhoon game’. Bulatan tu kan, naik atas lagi selepas Typhoon game, ada simpang ke kanan. Hotel Bellevue ni telah wujud sejak 1935 jadi hotel ni nampak lama. Deko sangat minima dan seperti kembali ke zaman 80an. Bilik hanya ada 12 unit.
Saya menempah 3 hari sebelum masih ada kekosongan menandakan mungkin tak ramai lagi yang tahu kewujudan hotel ini atau pun datang Penang biasanya ke Feringghi / bandar kan. Oh ya, hotel ni adalah satu-satunya hotel di atas Penang Hill tau selain hotel Hickory yang terletak di stesen kedua.
Tarikan:
Bilik kami ada cermin besar menghadap garden, tapi more like menghadap pohon kayu. Rezeki kami la monyet hitam Dusky Leaf Monkey yang hanya boleh dijumpai dalam Habitat Hill muncul di atas pokok depan cermin besar tu. Masa turun ke bawah, Black Giant Squirrel juga muncul.
Laman belakang Bellevue adalah yang paling saya tak sabar nak tengok. Laluan melalui cafe ini terus berlatarkan Pulau Pinang dengan ketinggian 833 dari paras laut. Kalau tak menginap di sini, masih boleh masuk tapi rasanya perlu memesan makanan atau minuman di cafe.
Cafe adalah basic saja, a little bit dull kalau saya boleh katakan begitu. Tapi laman sangat dijaga dengan rapi. Cantik dan sesuai untuk tangkap gambar, sangat instaworthy.
Petang, naik buggy sampai ke Kopi Hutan. Kafe tertinggi di Penang. Aroma kopi di waktu petang memang feeling apatah lagi dikelilingi pohon dan dedaun hijau. Ada pastries, ada juga iced chocolates di sini. Harga masih okay pada pendapat saya. Agak subjektif.
Kedai makan di dataran tutup 7pm. Saya nak recommend char kuey teow yang kami makan. Kami order sampai 3 pinggan. Sedap sangat auntie tu masak, teringat-ingat sampai hari ni. Nanti tengok gambar ya.
Aktiviti malam?
Tak ada, hanya santai-santai saja duduk di Astaka. Kami bermalam ni pun ‘just to feed our curiosity’. Sebelum ni tak tahu, sekarang dah tahu.
Saya rekomen anda untuk cuba sekali menginap kat atas ni ‘then you’ll have pages of stories to tell’. Hotel tak megah ya, tapi selesa juga alhamdulillah. Nanti boleh rujuk gambar sebagai panduan.
Tip lain:
1. Musim cuti tersangat ramai pengunjung, boleh pertimbangkan untuk beli tiket fast lane supaya tak tunggu lama. Dewasa RM25, kanak-kanak RM10, warga emas RM3.
2. Tetamu hotel dicaj RM25 untuk satu buggy. Kalau bukan tetamu, RM30. Kalau nak percuma juga ada, tunggu kenderaan pacuan 4 roda 300m ke hadapan di gazebo yang telah ditetapkan.
3. Habitat Penang RM60.
4. Breakfast di hotel ialah American breakfast – RM18.
5. Parkir kereta di bangunan 7 tingkat di sebelah pintu masuk Penang Hill. Untuk 24 jam, kami di caj RM27.
Sempat singgah ke Kopi Hutan juga. Kalau tak nak naik buggy, atau 4WD lambat, boleh juga exercise jalan kaki balik. Jarak 2km.
Makanan malam di restoran Astaka sehingga pukul 7 pm saja. Saya sarankan bungkus atau makan awal. Kedai runcit juga tak beroperasi.
Ada yang rasa nak ke Penang tak tu? Nanti boleh rujuk tip ini untuk memudahkan perjalanan anda sepanjang ke sana. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat meneroka!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source