90% Latihan Ala Tentera, PLKN 3.0 Bakal Kembali Demi Lahirkan Belia Malaysia Berwawasan
Memasuki hari kedua belas kejohanan Sukan Olimpik di Tokyo Jepun, Malaysia masih kekal dengan pencapaian satu pingat gangsa epik yang disumbangkan oleh pasangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
ARTIKEL BERKAITAN :Ini 6 Fakta Beregu Gangsa Negara – REMAJA
Kini dengan baki kira-kira lima hari lagi sebelum Tokyo 2020 melabuhkan tirainya, harapan rakyat Malaysia sedang dipikul oleh lima wira negara yang akan berhempas-pulas hingga ke saat akhir untuk menghadiahkan kilauan pingat Olimpik baharu.
Untuk pengetahuan, skuad Malaysia pada awalnya menyasarkan tiga pingat bagi Sukan Olimpik kali ini tanpa menetapkan ‘warna’ kilauannya. Walaupun dahulu ada pihak yang berpendapat sasaran itu terlalu rendah, realistiknya sekarang; itulah sasaran yang mampu kita kecapi menerusia tiga jenis sukan ini.
KELLY TAN
Pertamanya, ratu golf negara, Kelly Tan Guat Chen bakal beraksi dalam sukan golf kategori Stroke Play individu wanita di Kasumigaseki Country Club bermula hari ini. Atlet berusia 27 tahun ini merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam jelajah LPGA dunia. Ya, ia bukan tugas yang mudah.
Namun bagi Kelly, setelah dia menyaksikan keajaiban berlaku kepada pemain Chinese Taipei CT Pan yang mengenepikan saingan nama besar seperti Rory Mcllroy, Collin Morikawa dan Paul Casey bagi memperolehi pingat gangsa. Malah, semangat jitu rakan senegara Kelly iaitu Gavin Green juga telah menyakinkan Kelly untuk memberikan yang terbaik pada kali ini.
Waktu Tempatan : 4 Ogos I 6.30 pagi (pusingan pertama)
DATO’ AZIZULHASNI AWANG & MOHD SHAH FIRDAUS
Harapan bagi mengutip pingat Olimpik tentunya terarah kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Dato’ Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan yang juga merupakan pemenang pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
ARTIKEL BERKAITAN : Shah Firdaus, Atlet Berbasikal Yang ‘Merampas’ Emas Azizulhasni Awang – REMAJA
Mereka berdua bakal bertarung dalam acara berbasikal trek Pecut Individu Lelaki (sprint) di peringkat kelayakan pada petang ini dan ia akan menjadi kenangan manis buat kedua-dua atlet tersebut. Ini berikutan usaha dan masa yang telah mereka korbankan selama ini untuk akhirnya berada di velodrom Izu, Shizuoka Jepun.
Selain acara pecut, Azizulhasni dan Shah Firdaus juga dijadualkan tampil dalam acara keirin yang menjadi kegemaran mereka berdua.
Waktu Tempatan
Acara Pecut Lelaki : 4 Ogos bermula 2.30 petang (kelayakan) – 5 Ogos bermula 2.45 petang (penentuan tempat dan pingat)
Acara Keirin : 7 Ogos bermula 2.45 petang (kelayakan) – 8 Ogos bermula 10.50 pagi (penentuan tempat & pingat)
PANDELELA RINONG & CHEONG JUN HOONG
Skuad terjun negara tentunya masih meraikan kejayaan penerjun 3m papan anjal wanitanya, Nur Dhabitah Sabri setelah remaja itu menempatkan dirinya pada kedudukan keempat secara keseluruhan, hujung minggu lalu. Kini, tumpuan terarah kepada dua ratu terjun ini pula yang bukan calang-calang orangnya.
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong masing-masing pernah merasai nikmat berdiri di atas podium Sukan Olimpik. Pada edisi Rio 2016, merekalah yang telah membanggakan Malaysia dengan menjadi pasukan wanita pertama negara dalam sejarah penyertaan Sukan Olimpik yang memenangi pingat perak.
Malah pada edisi London 2012, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia untuk memenangi pingat Olimpik dalam sejarah apabila berada di kedudukan gangsa.
Tentunya, situasi Tokyo 2020 sedikit berbeza, tekanan yang dirasai mereka adalah lebih tinggi. Arena renang yang sama ini telah menjadi saksi kepada kemampuan Pandelela memenangi pingat emas semasa kejohanan FINA Diving World Cup 2021.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Rinong Raih Pingat Emas Di Kejohanan Piala Dunia FINA 2021 – REMAJA
Minggu lalu, Pandelela akur dengan kedudukan kelapan dalam acara 10m platform 10m seirama bersama Leong Mun Yee. Masa lebih kurang seminggu ini penulis pasti telah digunakan oleh Pandelela untuk kembali tenangkan fikiran dan fokus dengan aksi kali ini.
Mampukah wirawati terjun ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dengan persembahan mantap bermula petang ini? Sama-sama kita nantikan.
Waktu Tempatan
Kelayakan : 4 Ogos bermula jam 2.00 petang
Separuh Akhir : 5 Ogos bermula jam 10.00 pagi
Akhir : 5 Ogos bermula jam 2.00 petang
*
BACA LAGI :Dhabitah Sabri Kongsi Latihan 8 Jam Seharinya – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source