Cara Buat Kuih Bakar Guna Airfryer, Senang & Tetap Sedap
Kuih Tepung Pelita merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Rasa lemak manis yang seimbang, tidak hairan kuih ini jadi kegemaran ramai tidak kira usia. Kalau bulan puasa, kuih ni antara yang paling mendapat sambutan dan menjadi buruan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, apa kata anda cuba resepi kuih tepung pelita perkongsian saudari Sally Ahmad ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH TEPUNG PELITA SEDAP
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- Pewarna hijau
- Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Ambil daun pandan yang telah dibersihkan. Potong 4 kerat. (lihat video di bawah) Cara-cara nak buat acuan. Jika tiada, boleh guna bekas biasa.
2. Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan 1 sudu teh gula pasir kisar di dalam bekas. (empunya resipi kisar gula pasir bagi halus. Nanti bila letak adunan hijau oanas, gula akan cair jadi air gula.)
3. Sementara itu masak semua bahan bahagian bawah dalam periuk dan kacau sampai pekat.
4. Kemudian sudukan adunan ke dalam bekas acuan berisi gula tadi hingga separuh bekas. Adunan tidak perlu kukus sebab sudah masak atas dapur sampai pekat.
(Nota: Biasa kalau kukus, bahagian bawah Kuih Tepung Pelita akan jadi pejal, Tapi jika dimasak atas dapur hingga masa, dan tuang ke dalam acuan. teksturnya akan jadi lembut bila terkena air gula. )
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
- 1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
- (kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
- 4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5gajah utk buat laksa)
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan hingga sebati. Kemudian masak dan kacau sampai pekat.
2. Tuang terus ke atas lapisan hijau dalam bekas tadi. Proses kedua ini juga tidak perlu dikukus sebab lapisan santan telah dimasak atas dapur sampai pekat.
3. Boleh dimakan terus. Lagi sedap jika disimpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sally Ahmad
https://www.facebook.com/sarina.ahmad.1441/videos/2279398132322331/
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source