Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah & Jaga Anak Ada Caranya, Boleh Cuba Tip Ni
Sesibuk mana pun seorang ibu, lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya anda tetap perlu luangkan masa untuk sediakan sarapan pagi buat anak-anak. Sarapan yang disediakan sendiri oleh ibu lebih terjamin kebersihan dan tentu sekali dibuat dengan penuh kasih sayang!
Untuk menyedikan sarapan pagi yang enak sebenarnya tidak memerlukan masa yang lama. Dengan menggunakan Nutella®, mama dapat menyediakan sarapan pagi #Nutellamazing dengan mudah dan cepat!
Kenapa pentingnya sarapan pagi buat anak?
Dapat berikan tumpuan semasa belajar
Pelbagai kajian menunjukkan sarapan memberi manfaat kepada memori dan meningkatkan daya tumpuan sekaligus anak-anak dapat memberikan tumpuan penuh semasa proses pembelajaran.
Lebih bertenaga
Bagi anak-anak yang bersekolah, ia membekalkan tenaga dan membantu proses pembesaran mereka. Jadi, sediakan sarapan sebelum mereka ke sekolah untuk memulakan hari dengan lebih baik.
Pilihan Makanan Terbaik
Pilihan sarapan terbaik tentu sekali dengan menyediakan sarapan sendiri! Menu boleh diolah sendiri menggunakan kreativiti mama dengan menggunakan bahan yang ada disekeliling seperti roti, telur, buah dan sebagainya.
Antara 5 resipi yang paling mudah mama sediakan dengan hanya menggunakan Nutella® seperti yang dikongsi ini:
Resipi Pancake Skewers dengan Nutella® Chocolate Hazelnut Spread
Tempoh penyediaan: 10 minit
Pancake:
1/2 cawan tepung serba guna
3/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam
1/2 cawan susu
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sayuran
Skewers:
60g Nutella® – 1 sudu kecil (15g setiap bahagian)
1 pisang, potong 8
16 strawberi, dikupas
Cara penyediaan:
- Sediakan pancake dalam mangkuk dengan mencampurkan tepung serba guna, serbuk penaik, gula dan garam.
- Dalam mangkuk besar, pukul bersama susu dan kuning telur. Tambah campuran tepung; kacau hingga rata.
- Panaskan separuh minyak sayuran dalam kuali besar tidak melekat di atas api sederhana.
- Letakkan lebih kurang 1 sudu besar adunan ke dalam kuali.
- Masak selama 2 minit, atau sehingga buih terbentuk di permukaan.
- Balikkan dan masak selama 1 minit lagi, atau sehingga perang keemasan.
- Ulang dengan baki minyak dan adunan.
- Sapukan 1 sudu kecil (15g) Nutella® setiap bahagian pancake.
- Ulirkan pancake pada 4 lidi besar, berselang-seli dengan kepingan pisang dan strawberi.
Resipi Yogurt dan Berry Pancakes dengan Nutella® Chocolate Hazelnut Spread
Tempoh penyediaan: 10 minit
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serba guna
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan susu
1/2 cawan yogurt rendah lemak biasa
1 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu besar mentega cair, dibahagikan
1 cawan beri biru segar, dibahagikan
120g Nutella® – 1 sudu kecil (15g setiap bahagian)
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk pukul bersama tepung, gula pasir, serbuk penaik, bikarbonat dan garam.
- Dalam mangkuk atau cawan penyukat cecair yang berasingan, kacau susu dengan yogurt, telur dan 2 sudu besar mentega cair. Tuangkan ke atas bahan kering. Pukul hingga sebati. campurkan dalam 1/2 cawan blueberry.
- Panaskan kuali dengan api sederhana. Letak sedikit mentega.
- Tuangkan adunan, kira-kira 1/4 cawan untuk setiap pancake, ke dalam kuali.
- Masak sehingga buih muncul di atas, kira-kira 2 minit. Balik dan masak sehingga perang keemasan.
- Ulang dengan baki adunan.
- Sapukan 1 sudu kecil (15g) Nutella® chocolate hazelnut spread setiap bahagian.
- Hidangkan dengan baki blueberry segar.
Resipi Toasties Pisang dengan Nutella®
Bahan-bahan:
Roti
1 sudu kecil (15g) Nutella®
50g pisang dihiris nipis
Cara penyediaan:
- Potong roti dua bahagian dan bakar di atas panggangan dengan api sederhana sehingga warna bertukar keemasan.
- Sapukan dengan Nutella® dan di bahagian atas hias dengan hirisan pisang.
Resipi Teddy bear toast dengan Nutella®
Tempoh penyediaan: 5 minit
Bahan-bahan:
4 keping roti
60g Nutella® (4 hidangan, 15g setiap hidangan)
12 keping hirisan pisang
8 beri biru
4 buah kranberi kering
Cara penyediaan:
- Sapukan setiap keping roti bakar dengan 1 sudu besar (15 mL) Nutella®.
- Letakkan dua keping pisang di sudut atas setiap keping roti bakar untuk telinga, dan satu keping di tengah untuk muncung.
- Letakkan 2 beri biru untuk mata dan moncong atas dengan 1 kranberi untuk hidung.
Resipi Tortilla Pizza dengan Nutella®
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
1 tortilla gandum besar
1 sudu kecil Nutella® (15g) bagi setiap bahagian
1 biji pisang, dikupas dan dihiris bulat setebal 1cm
1 sudu besar (15 ml) cranberi kering
Cara penyediaan:
- Sapukan Nutella® pada tortilla dalam lapisan yang sekata. Letak hirisan pisang di bahagian atas (sebagai “pepperoni”) dan taburkan dengan cranberry kering dan biji labu.
- Potong 4 bahagian dan hidangkan bersama susu dan buah.
Konklusi
Sarapan pagi adalah hidangan penting untuk anak-anak kita setiap hari. Dan kini dengan Nutella®, anda boleh menyediakan sarapan yang sihat untuk memulakan hari anak-anak anda dengan betul dengan resipi sarapan pagi yang lazat dan mudah disediakan.
Untuk lebih banyak idea resipi yang lazat dan menarik untuk dicuba, layari:
Website: https://www.nutella.com/my/en/
Facebook: https://www.facebook.com/nutellamalaysia/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCzGoum2c2M57ABFj8ut93Ig
Kredit: Nutella
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source