Kerajaan US Tak Jadi Shutdown
Eh, bukan haritu kecoh ke nak shutdown?
Ya, memang ada ura-ura shutdown tu bakal jadi. Tapi ianya terhenti sebab Senat dan Dewan Kongres US luluskan Rang Undang-undang dengan memberi masa 45 hari untuk elak kerajaan ditutup dengan perjanjian pembiayaan jangka pendek.
RUU ni diluluskan 3 jam terakhir sebelum 12 tengah malam 1 Oktober dan diserahkan kepada Presiden US Joe Biden sebelum langkah penutupan kerajaan berkuat kuasa yang sepatutnya bermula 1 Oktober.
RUU jangka pendek setebal 71 muka surat yang dirangka oleh Speaker Dewan Perwakilan dari Republikan, Kevin McCarthy.
RUU ni memperuntukkan dana bantuan untuk bencana. Ia tak melibatkan bantuan kewangan baharu untuk perang Ukraine-Rusia. Ia diluluskan di Senat dengan 88 undian berbanding sembilan membantah.
Nasib baik juga US tak jadi shutdown, kalau tidak puluhan ribu penjawat awam takkan dapat gaji dan pelbagai perkhidmatan kerajaan bakal terjejas.
Sebahagian besar taman negara dan muzium mungkin ditutup, serta lapangan terbang akan alami gangguan penerbangan.
Kebanyakan program Persekutuan penting seperti bantuan makanan, dana penjagaan kanak-kanak dan bantuan mangsa kebakaran hutan di Hawaii mungkin tak dapat diberikan.
Jadi, kita tunggu sahaja apa yang bakal terjadi pada Amerika Syarikat dalam masa 45 hari ni.
Fakta menarik, ni bukan kali pertama kerajaan US terpaksa shutdown macam ni. Dah 10 kali terjadi dan kali terakhir ialah pada tahun 2018-2019.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source