Nak Cuaca Sejuk, Naik Ke Bukit Fraser Dan Ketahui Tip Penting Ini
Mempunyai daya tarikan tersendiri, Bukit Fraser ini cukup menarik kalau anda tahu beberapa tempat best. Memang sesuai sangat kalau anda nak cari cuaca sejuk dan lari dari kebiasaan pergi Cameron Highland.
Mungkin tak semeriah Cameron tapi masih okay kalau nak jelajah ke sini. Menurut perkongsian dan pengalaman Puan Felicia Ramzi, duduklah semalam baru lah dapat explore dengan tenang dan tak rush nak turun semula.
Naik Ke Bukit Fraser
Ini hotel yang dipilih sewaktu berjalan ke sana, Hotel Shahzan Inn- 2 single beds menghadap depan (garden view)
Maklumat tambahan:
1. Parking banyak dan luas.
2. Disediakan breakfast. Dan breakfast spreadnya sangat memuaskan hati.
3. Staf yang mesra.
4. Lokasi strategik. Turun ke jalan besar terus nampak clock tower, simbol ikonik Bukit Fraser.
5. Rancangan TV ada dalam 10 channels – semua clear sungguhpun di atas bukit.
6. Sejuk, tak perlukan aircond.
Minus points:
1. ‘Water pressure’ tak kuat. Ayu je keluarnya. Kalau kuat macam air pili bomba baru best.
2. Malam pertama, air shower tak panas. Menyesal mandi.
3. Perabot agak lama. Nak on TV sila tekan punat dekat meja katil. Punat tu takda label, jadi main la teka teki sekejap, tekan mana-mana punat sampai TV tu menyala.
Apa Yang Menarik:
1. Allan’s Water
2. The Paddock
3. Arzed Restaurant untuk lunch dan dinner. Lokasi: sebelah Taman Awam.
4. Ye Olde Smokehouse
5. Glasshouse Fraser
6. Clock Tower
7. Taman Lady Guilemard
8. Strawberry Garden tanpa strawberi
9. Istana Pahang.
Tip Naik Ke Atas:
1. Hati-hati di selekoh. Jalan sempit.
2. Awas dengan buluh yang ‘mencodong’ ke arah jalan.
3. Isi perut, jangan kenyang sangat, jangan kurang sangat juga. Kebarangkalian untuk ‘mabuk’ tu ada. Saya steady, tapi anak muntah.
4. Berhenti di Empangan Air Selangor untuk bergambar. View cantik.
5. Arzed Restaurant buka sampai 9.30pm. Saya rekomen makan sini sebab sedap dan banyak pilihan. Sedikit menunggu tapi berbaloi.
6. Kalau dalam pekan, Mimi Strawberry pun buka untuk dinner. Kalau nak santai-santai, beberapa food truck berdekatan Shahzan Inn pun ada tapi sampai 7.30pm saja.
7. Paling penting, jika berlaku kes kecemasan, ketuk saja pintu Klinik Kesihatan berhadapan Balai Polis. Atau call nombor yang tertera di pintu. Sini tak ada Farmasi atau klinik swasta kalau nak cari ubat dan lain-lain.
8. Hati-hati ramai enthusiastic cyclists naik.
Keseluruhan, best naik Fraser. Laluan naik memang agak mencabar, menyerupai Tapah. 27km itu memang berpusing sampai atas. Tapi ketenangan di Fraser, ditambah dengan keunikan bangunan dikekalkan dari dulu, membuatkan Fraser unik. Ada vibe tersendiri.
Bagi anda yang belum keluar negara, boleh lah masukkan Fraser dalam senarai becuti. Boleh tahan dan best!
The post Nak Cuaca Sejuk, Naik Ke Bukit Fraser Dan Ketahui Tip Penting Ini appeared first on LIBUR.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source