“Kongsi Penyata Bank Kata Riak Pula” -Syada Amzah Bidas Komen Netizen?
Seakan tetap mahu berdebat dengan jabatan netizen, penyanyi meningkat naik yang juga adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah mendedahkan dirinya mula bekerja dan meraih pendapatan sendiri sejak berusia 13 tahun.
Kenyataan itu keluarkan oleh Syada bagi membidas tuduhan warganet yang menyifatkan dirinya selama ini satu beban buat penyanyi lagu hit Khliaf Asmara itu.
Bahkan lagi, menurut Syada, dia sudah mula berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.
“Salah adik nak serang ini. Saya mula bekerja sejak berusia 13 tahun, sara diri pada usia 15 tahun,” katanya.
Penyanyi berusia 25 tahun itu turut memberitahu, dia boleh menunjukkan penyata bank kepada warganet sekiranya orang ramai mahu melihat bukti.
Pun begitu, dirinya tidak menolak, jika berbuat demikian, tuduhan riak pula akan menyusul daripada jabatan netizen.
“Betul-betul kelakar baca komen, kongsi penyata bank kata riak pula,” katanya.
Bagaimanapun ramai tidak mempercayai perkara itu sebaliknya mendakwa Syada mungkin menggunakan wang sendiri untuk keperluan peribadi namun perkara lain ditanggung Shila.
Sebelum ini, Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut. Jelasnya, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.
Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut. Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syada Amzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source