Sungai indikator tahap kebersihan bandar Melaka, kata KM
MELAKA: Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka akan dijadikan sebagai penanda aras atau indikator tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata indikator itu juga akan dijadikan garis panduan dalam merangka tindakan susulan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan Sungai Melaka dan kawasan sekitarnya yang merupakan lokasi tarikan pelancong.
“Kita adakan program gotong-rotong perdana ini sebagai persediaan menyambut TMM2024 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Disember ini dan daripada program ini juga, saya hendak menilai tahap kebersihan Sungai Melaka berdasarkan jumlah kutipan sampah yang kita dapat.
“Kalau banyak jumlah kutipan sampah, maka kesedaran sivik rakyat Melaka dan pengunjung masih perlu dipertingkatkan dan jika sebaliknya, ia bermaksud Sungai Melaka terpelihara,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Gotong-Rotong Perdana Sungai Melaka Fasa II di Dataran Pengkalan Rama.
Kata Rauf, tahap kebersihan di Melaka sangat penting untuk merealisasikan sasaran kemasukan 18.7 juta pelancong sepanjang TMM2024 nanti dan mahukan Sungai Melaka yang menjadi antara produk pelancongan Melaka setanding negara luar seperti Venice di Itali.
“Melaka pernah diiktiraf sebagai negeri dan kota terbersih, dan kita akan cuba dapat lagi anugerah itu insya-Allah pada tahun ini. Jadi, pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah acara gotong-rotong sebegini dan ia akan diperluas ke daerah dan lokasi pelancongan lain secara berfasa,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan mewujudkan pavilion di Dataran Pahlawan bagi mempamerkan pelbagai produk antaranya pelancongan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan.
“Pavilion itu akan didirikan secara kekal selama setahun dan akan turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik bagi mempromosikan produk negeri Melaka dan acara-acara yang dirancang sepanjang 2024,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pelbagai inisiatif terbaik kepada pelancong dan pengunjung ke Melaka akan diberikan termasuk mengadakan cabutan bertuah setiap tiga bulan dengan hadiah utamanya ialah sebuah kereta.
“Ada beberapa syarat yang ditetapkan seperti pelancong perlu bermalam sama ada semalam atau dua malam di hotel terpilih untuk menjayakan inisiatif ini,” ‘katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source