“Memperingati Jasa Blake….” – Peruntukan RM5 Juta Buat Unit Anjing K9 Menerusi Belanjawan 2024
Dek kekhilafan ketika menghantar ciapan di akaun Twitter, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn terlepas daripada menyertai temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada bulan Mei.
Ini setelah keputusan mesyuarat di antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia merumuskan Hanis bersalah di atas ciapan berbaur perkauman yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Bukan setakat itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga melaporkan bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah digantung sementara waktu daripada menyertai mana-mana perlawanan antarabangsa.
“Jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain.”
Sebagai konteks, Hanis telah memuat naik ciapan berbunyi, “Bau best la kat dalam itu,” berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata di gambar serta video yang terlebih dahulu dimuat naik oleh Kosmo Online.
Komen Hanis itu merujuk kepada para penonton yang menghadiri konsert AR Rahman, seorang artis dan komposer terkenal dari India di Stadium Nasional Bukit Jalil, lewat Januari lepas.
Susulan perbuatannya itu, warganet tampil mengecamnya kerana tidak sensitif dengan topik perkauman sehingga memaksanya memadamkan ciapan asalnya serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel ‘Racist’ Tinggalkan Komen Tentang Konsert AR Rahman, Pemain Hoki Negara Mohon Maaf – REMAJA
Biarpun Hanis menegaskan tidak mempunyai apa-apa niat bagi mencetuskan sentimen perkauman menerusi ciapan itu, ‘jenaka’ yang cuba diketengahkan olehnya itu tidak menerima respon seperti yang diharapkan.
Sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis sewajarnya lebih cakna dengan komen-komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran atau kemarahan masyarakat.
‘Backlash’ yang diterimanya kini bukan sekadar mencalarkan imejnya. Malah ia juga dikhuatiri mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan apabila ia secara jelas melanggar kod etika Konfiderasi Hoki Malaysia.
Menurut mereka lagi, tindakan ini akan dinilai semula sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh tersebut.
Situasi ini saling tidak tumpah ibarat perumpamaan; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Biarpun ramai yang bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ini, rasa terkilan tentunya dirasai oleh sesetengah pihak terutamanya peminat sukan hoki Malaysia memandangkan Hanis merupakan seorang pemain yang cukup baik prestasinya di atas padang.
Sejak mewakili Malaysia pada tahun 2014, dia telah berjaya menjaringkan 36 gol dalam 84 penampilan antarabangsa.
KEMASKINI
Hanis ketika ditemui pemberita selepas membantu pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Sumbangsih semalam menerima tindakan tersebut dengan hati terbuka dan akan teruus fokus kepada perlawanan Liga Hoki Wanita Malaysia bersama Negeri Sembilan.
Setelah memperolehi kejuaraan pertama semalam, Hanis tekad untuk membantu pasukannya untuk memenangi dua lagi piala yang dipertandingkan di peringkat liga tempatan.
“Saya sedar sebagai atlet, saya juga ada batasnya.
“Jika jurulatih anggap saya masih relevan di masa akan datang dan mahu menyenaraikan saya, saya akan sedia mewakili pasukan kebangsaan,” komennya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source