Gobind personal komitmen kerajaan tangani gaji polis, tentera
KUALA LUMPUR: Gobind Singh Deo (PH-Damansara) mempersoalkan sejauh mana komitmen kerajaan menyelesaikan isu gaji rendah anggota polis dan tentera.
Mengakui peruntukan RM2.4 bilion untuk membina dan membaik pulih kuarters golongan terbabit yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lalu langkah baik, namun beliau berpendapat ia tidak mencukupi.
“Lepas itu timbul isu kalau mereka tak cukup wang bagaimana sara hidup? Kita ada masalah sangat besar pegawai awam ditawarkan macam-macam dalam kehidupan mereka dan itu boleh membawa kepada kesalahan.
“Kita tidak mahu satu keadaan terdesak menyebabkan perkara itu berlaku,” katanya di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) turut bersetuju mengenai isu gaji dibangkitkan serta mencadangkan kerajaan mempertimbang semula kadar elaun kepada anggota polis dan tentera.
“Kadangkala, elaun motor, rumah dan sebagainya sudah tak logik. Semua rendah sedangkan mereka berada di barisan hadapan,” katanya.
Manndzri Nasib (BN-Tenggara) mencadangkan kerajaan mempertimbang isu kekurangan kemudahan khususnya penempatan dalam kalangan tentera selain isu gaji dan elaun dikaji semula.
“Masalah polis dan tentera agak meruncing. Kadangkala saya menerima aduan mereka (polis) buat rondaan guna kenderaan sendiri, isi minyak pun guna gaji mereka yang sedikit.
“Tempat saya ada satu kem tentera mereka pun berhadapan situasi selain masalah gaji, dan kurang dari segi penempatan sebab 60% daripada mereka itu terpaksa duduk di luar, tambah lagi kos lain,” katanya.
Sementara itu, Awang Hashim (PN-Pendang) mencadangkan kerajaan menetapkan gaji permulaan anggota polis RM2,000 tidak termasuk elaun lain.
Katanya, langkah itu dapat mengurangkan risiko berlaku rasuah membabitkan segelintir anggota pasukan keselamatan berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source