Tumbangnya Berlin Ke Tangan Soviet
Pertempuran Berlin, antara pertempuran terakhir Perang Dunia Kedua di sebelah Eropah. Tentera Soviet mula mengepung Berlin pada 16 April.
Awal 1945, Soviet lancarkan Operasi Bagration menyebabkan Jerman hilang wilayah di sebelah timur. Jerman cuba menyerang balas tapi gagal. Soviet semakin lama semakin hampir dengan Berlin. Jerman seterusnya lebih menumpukan fokus untuk bertahan di sekitar Berlin.
16 April, Kesatuan Soviet menyerbu Berlin dari timur, selatan dan utara dan selama 4 hari Soviet mengepung dengan 1 juta tentera, dilengkapi 20,000 kereta kebal dan artileri untuk menceroboh Berlin.
Pertahanan Jerman sangat lemah, tentera muda tak terlatih dikerah untuk pertahankan Berlin yang dilindungi seramai 100,000 tentera Jerman, 1200 kereta kebal dan artileri lain.
Di saat hari lahir Si Misai Kontot pada 20 April, Soviet mula menceroboh Kota Berlin dan melakukan serangan besar-besaran.
Segala upaya yang dilakukan Si Misai Kontot untuk pertahankan Berlin ternyata gagal. 25 April, pertahanan Jerman di Berlin sangat tak teratur.
Angkatan Soviet semakin hari semakin ramai. Dari 1 juta bertambah sehingga 2.3 juta tentera melawan Jerman yang hanya seramai 750,000 dan kebanyakkannya tentera amatur.
30 April, Si Misai Kontot dimaklumkan segala peluru yang digunakan tenteranya akan habis terus malam tu. Petang tersebut, beliau memilih untuk bunuh diri dan mayatnya dibakar tak jauh dari bunker beliau.
Abdulkhakim Ismailov, tentera Soviet beragama Islam akhirnya kibarkan bendera Soviet di atas Parlimen Reichstag pada 30 April 1945.
Berlin secara rasmi jatuh ke tangan Soviet pada 2 Mei 1945 menandakan berakhirnya kekuasaan Jerman dan Perang Dunia Kedua di Eropah.
Jerman kemudiannya dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Jerman Timur milik Kesatuan Soviet dan Jerman Barat milik Amerika Syarikat, British dan Perancis.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source