Sweet Qismina percaya, suami takkan ‘menggatal’ di set penggambaran
Pelakon berbakat besar, Sweet Qismina meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap suami, Adam Lee yang juga seorang aktor terutama di lokasi penggambaran.
Sweet Qismina percaya, kenal suami sendiri
Memetik laporan Kosmo! Online, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, tiada sedikit pun perasaan bimbang terhadap suaminya, bahkan meletakkan sepenuh kepercayaan daripada kebarangkalian terpalit dengan kontroversi ‘cinta lokasi’ dengan aktres lain.
Ujar Sweet, dia sudah mengenali sikap sebenar Adam di lokasi penggambaran sebelum mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.
“Saya mengenali suami ketika kami masih belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran.
“Jadi saya tahu karakter dia bagaimana. Mengenali Adam, dia seorang yang sangat fokus pada kerja. Dapat sahaja skrip, dia akan buat ‘home work’. Itu sahaja,” ujarnya.
Suami seorang yang jujur, beritahu aktiviti
Malah, aktres berusia 26 tahun itu juga bersyukur kerana suaminya seorang yang jujur dan akan memberitahu kegiatannya pada setiap hari.
Lebih menguntungkan, urusan kerjaya seni mereka berdua diuruskan oleh ibu Sweet Qismina sendiri.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana Adam seorang yang jujur. Setiap hari dia akan beritahu kegiatannya apa yang berlaku.
“Untungnya juga, manager kami adalah ibu saya sendiri. Jadi bila masing-masing buat hal, ibu saya akan tahu dahulu.
“Sebab itu saya percayakan suami dan tidak pernah terfikir dia akan buat perangai untuk ‘menggatal’ di set penggambaran,”ujar Sweet Qismina.
Adam Lee cuba jaga nama baik keluarga, tak sekat kerjaya seni isteri
Sementara itu, suaminya, Adam Lee mengatakan dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga nama baik keluarga sebaik mungkin daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Dalam pada itu, Adam juga tidak pernah meletakkan sebarang sekatan kepada isterinya ketika berlakon. Bagaimanapun, dia berharap agar Sweet Qismina faham mengenai status sebagai seorang isteri.
“Saya cuba untuk menjaga keluarga sebaik mungkin. Saya dengan dunia saya sahaja. Main sukan Muay Thai, bersenam dan berlakon,” katanya.
“Untuk isteri pula, saya tidak ada meletakkan sebarang sekatan. Perkara ini kami sudah bincang sejak sebelum berkahwin lagi.
“Tak ada masalah pun sebab isteri pun tahu batas apa yang patut dan apa yang tidak patut,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Sweet Qismina dan Adam Lee sekali lagi bergandingan dalam sebuah drama berjudul Cik Misi 123 yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Artikel lain: Adam Lee tolak lakonan romantik sebelum kahwini Sweet Qismina -“Kena jaga batas”
Artikel lain: Dengan sekali lafaz, Sweet Qismina & Adam Lee sah suami isteri
Untuk rekod, selepas tiga tahun bercinta, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu.
Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source