Dakwaan hamilkan anak orang, Aniq Suhair ambil tindakan saman
Pelakon Aniq Suhair ambil tindakan saman susulan dakwaan menghamilkan seorang wanita sekali gus menyifatkan ia satu tindakan yang berniat jahat.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Aniq berkata tuduhan tersebut dilemparkan untuk merosakkan reputasi dan nama baiknya.
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya,” tulisnya.
Pelakon berumur 23 tahun itu juga menyatakan dia sudah berhubung dengan peguamnya bagi mencari jalan penyelesaian untuk isu ini.
Selain daripada itu, aktor ini juga berkata dia akan mengambil tindakan untuk menyaman pihak yang melemparkan fitnah tidak berasas terhadap dirinya.
“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya.
Aniq juga enggan mengulas lanjut bagi mengelak proses undang-undang terjejas dan menyatakan dia akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.
“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” ujarnya.
Untuk tambahan, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok seorang wanita mendakwa Aniq telah menghamilkannya dan tidak mahu bertanggungjawab.
Sumber: Instagram Aniq Suhair
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v17.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source