“Perlu ke saya tunjuk kebaikan di media sosial?”- Elisya Sandha bersuara, ditegur seksi & tiada sensitiviti
Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara mengenai teguran dan tuduhan warganet yang mengatakan dirinya tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku di Palestin.
“Perlu ke tunjuk kebaikan di media sosial?”
Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha berkata, dirinya tidak perlu menunjukkan kebaikan yang dilakukan untuk tatapan pengguna media sosial.
Ujarnya, cukuplah kebaikan yang dilakukan itu antara urusannya dengan Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.
“Sesungguhnya, ia antara saya dan Dia. Cukuplah Allah sahaja tahu yang terbaik.
“Perlu ke saya tunjuk kebaikan saya di media sosial? Tak perlu dan saya masih belajar untuk menjadi manusia dan muslim yang lebih baik,”jawabnya.
Elisya Sandha ‘post’ sebab tuntutan kerja
Jelasnya, apa yang dimuat naik di media sosial termasuk hantaran baru-baru ini adalah berkaitan dengan tuntutan kerja sahaja.
Aktres berusia 24 tahun juga meminta orang ramai yang tidak mengenalinya secara peribadi untuk berhati-hati sebelum melontarkan sesuatu perkataan.
“Apa sahaja yang saya post adalah kerja dan karier. Tapi, jika kamu tidak mengenali saya secara peribadi, saya rasa kamu perlu berhati-hati dalam meninggalkan perkataan,”katanya sambil meluahkan rasa syukur.
Elisya berkata demikian selepas videonya sedang memaparkan disebalik tabir ketika dia melakukan pengambaran untuk satu jenama jam yang terkenal, Hublot, mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Elisya dilihat memakai baju berwarna seakan merah jambu dan sedikit terdedah dibahagian belakang menggayakan jam tangan tersebut untuk diambil gambar.
Akibat itu, ramai netizen menzahirkan rasa kesal dengan perkongsian Elisya di platform Instagram yang kelihatan agak seksi dan tidak sensitif dengan isu semasa di Palestin.
Sebelum ini, Elisya sering menjadi perhatian warganet disebabkan cara pemakaiannya yang dikatakan agak seksi, lebih-lebih lagi sudah memiliki anak.
Artikel lain: Tukar gaya rambut, momen Elisya Sandha bersama anak buat netizen ‘panas hati’
Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source