Saudi Aramco komited perluas fasiliti Pengerang, kata PM
RIYADH: Saudi Aramco komited untuk memperluas fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, perkara itu dinyatakan oleh kepimpinan syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu pada sesi perbincangan bersamanya di Hotel Ritz-Carlton di sini pada pagi Sabtu.
Anwar yang juga menteri kewangan turut bertemu dengan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H Nasser untuk berbincang lebih lanjut mengenai rancangan pelaburan syarikat itu.
Sebelum ini, Saudi Aramco menyuarakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di rantau Asia Tenggara.
Pada 2017, syarikat minyak dan gas nasional Arab Saudi itu menjalin pelaburan bersama dengan Petronas di Pengerang.
Fortune Global 500 pada 2021 menyenaraikan Saudi Aramco syarikat keenam paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah USD105 bilion.
Selain itu, Anwar berkata, beliau turut menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi Yasir Al-Rumayyan yang membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pelaburan.
Malah, katanya, PIF yang peranannya sama seperti Khazanah Nasional di Malaysia, bersetuju mengadakan kerjasama dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Ini selaras dengan usaha untuk meningkatkan pelaburan bersama, bukan sahaja di Arab Saudi malah di Malaysia. Buat permulaan, ada hasrat untuk bekerjasama dengan melakukannya di Iraq dan benua Afrika,” katanya.
Perdana menteri turut berkongsi mengenai perkembangan menarik lain, melibatkan beberapa syarikat Malaysia dalam projek-projek besar di Arab Saudi, termasuk pembinaan infrastruktur bagi projek NEOM.
Projek mewah Arab Saudi itu, yang bernilai USD500 bilion (RM2.24 trilion), mencatat rekod tersendiri apabila bakal menempatkan pencakar langit sepanjang 120km dikenali sebagai “Mirror Line”.
Dalam pada itu, Anwar berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) juga telah diarah untuk membantu aspek menyelaraskan usaha bagi meningkatkan pelaburan negara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source