Pedas & Beraroma, Hidangan Sotong Phat Phet Thai Ini Kena Cuba Sekali Baru Tahu Keenakannya!
Pernah tak anda mencuba crispy Beef atau daging rangup ni? Bagi yang pernah mencuba pasti anda tahu keenakan crispy beef yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Jom cuba resipi crispy beef ini untuk juadah tengah hari nanti. Selamat mencuba!
Resipi Crispy Beef atau Daging Rangup
Bahan-bahan crispy beef atau daging rangup:
400 g daging**
1 biji telur**
2 ulas bawang putih**
1 sdb Lada sulah**
5 sdb tepung jagung**
2 sdb kicap cair**
½ biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
2 sdb empingan cili
1 sdb bijan
1 sdb kicap manis
2 sdb cuka
3 sdb sos tomato
Garam dan gula
Bahan bertanda ** kita perapkan terlebih dahulu. Kalau boleh 30 minit lebih awal.
400 g daging**
1 biji telur**
2 ulas bawang putih**
1 sdb Lada sulah**
5 sdb tepung jagung**
2 sdb kicap cair**
Kita gaulkan sebati dan kita perapkan 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tu kalau boleh hiris nipis-nipis tau
Bila dah siap perap bagai tu bolehlah kita gorengkan daging kita tadi dalam minyak yang panas.
Bawang Holland kita tadi tu kita hiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau kita caramelized kan. Bawang ni yang buat crispy beef kita tu nanti spesial.
Tumiskan bawang putih yang kita cincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh. Gantikan saja, takde masalah.
Bila semua bahan tumiskan kita tadi dah wangi kita masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata.
Perasakan dengan garam dan gula ya. Kita seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan menerih sekejap.
Masukkan bawang holland yang telah kita caramelized kan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang kick.
Masukkan juga bijan yang telah kita sangai terlebih dahulu. Serius ah masa ni wangi oiii. Terus lapar balik perut ni. Tutupkan api dapur.
Masukkan daging yang telah kita gorengkan tadi. Gaulkan sebati. Dah siapppp.
Dah siap crispy beef kita atau daging rangup kita. Makan dengan nasi panas pun dah cukup dah ni. Sesuai juga untuk idea untuk jualan tau. Selamat mencuba korang.
Kredit:Umi Watie
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source