NGO Palestin rayu bantuan, hospital Gaza hampir kehabisan bahan api
Selain merawat pesakit, ActionAid Palestin berkata, hospital turut menjadi tempat perlindungan buat puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
RAMALLAH: ActionAid Palestin merayu masyarakat antarabangsa segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza kerana hospital hampir kehabisan bekalan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa pesakit, termasuk bayi dan warga emas.
“Sekurang-kurangnya 120 bayi baru lahir berada dalam inkubator, 70 daripadanya menggunakan ventilasi mekanikal, mereka kini diancam bahaya jika hospital kehabisan bahan api. Tanpa bantuan kritikal ini, bayi-bayi ini akan mati,” lapor Agensi Berita Palestin (Wafa) memetik kenyataan ActionAid.
Hospital Gaza kebiasaannya merawat 1,100 pesakit buah pinggang, termasuk 38 kanak-kanak dan mengendalikan 13,000 sesi dialisis setiap bulan.
Di Hospital Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza, hospital ini merawat lebih 5,000 pesakit sedangkan hanya mampu menampung 700 pesakit, selain menjadi tempat perlindungan lebih 45,000 penduduk yang hilang tempat tinggal.
“Tindakan segera boleh membantu menyelamatkan beribu-ribu orang awam di Gaza. Kami memohon individu, kerajaan dan organisasi di seluruh dunia bersama-sama menangani krisis kemanusiaan mendesak di Gaza.”
ActionAid turut meminta kerajaan dan masyarakat antarabangsa segera melaksanakan gencatan senjata, membatalkan perintah pemindahan di Gaza, menjamin perlindungan dan keselamatan sepenuhnya kepada orang awam serta memastikan bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source