Macam Mana Krisis Baja Buat Manusia Makin Miskin?
Kita mungkin tak sedar, kebelakangan ni banyak krisis makanan jadi kat seluruh dunia. Harga-harga makanan naik mendadak sampai negara kita pun terpalit sekali.
Tapi perasan tak yang krisis ni jadi sebab baja?
Tapi mana datang masalah ni?
Peperangan di Ukraine mengurangkan eksport bijirin dan menyebabkan harga makanan ruji seperti gandum melonjak di seluruh dunia dari Mesir di Afrika ke Indonesia di Asia Tenggara.
Bekalan makanan dunia juga terancam dek kerana perubahan iklim seperti peningkatan suhu global, kemarau, banjir.
Kini, baja dah jadi terhad dan mahal sampai mengganggu pencarian rezeki para petani.
Ketika petani di seluruh Afrika dan Asia berdepan dengan kekurangan baja, ia seperti “domino effect” yang menyebabkan banyak hasil tanaman terbantut, makanan pun semakin berkurang.
Krisis ni dah mula sejak pandemik COVID-19 lagi. Kos pengangkutan bahan baja meningkat waktu tu. Kemudian berlaku pulak perang.
Sejak 18 bulan lalu, Kerajaan US secara agresif naikkan kadar faedah untuk sekat inflasi domestik.
Itulah sebab nilai dolar Amerika naik sangat tinggi berbanding mata wang negara lain. Oleh kerana eksport baja dinilai dalam dolar, ia menjadi jauh lebih mahal di negara-negara asing.
Kita ambik 1 contoh negara, Nigeria.
Sejak Februari 2022, harga baja meningkat lebih daripada dua kali ganda di Nigeria dan 13 negara lain menurut tinjauan oleh ActionAid.
Di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, dah hampir 90 juta orang iaitu dua perlima populasi negara alami krisis tak cukup makan.
Petani beralih daripada tanam padi dan jagung kepada tanaman yang kurang bernilai seperti kacang soya dan kacang tanah yang tak guna banyak baja.
Hasil tuaian dicuri. Si isteri tinggalkan si suami dan kembali kepada keluarga sebab lagi mudah dapat makanan.
Ibu bapa tarik anak-anak keluar dari sekolah sebab kurangnya duit nak bayar yuran.
Ni semua situasi di Nigeria.
Baja bukan organik ialah perusahaan global yang didominasi Amerika Syarikat, China, India, Rusia, Kanada dan Maghribi.
Nigeria ada jugak beberapa kilang baja tetapi dioramg eksport hampir semuanya ke Amerika Selatan. Akibatnya, Nigeria sendiri terdedah dengan krisis makanan.
Dapatkan DUNIA TANPA TEMBOK ni untuk korang faham apa konflik yang dah berlaku di seluruh dunia ni.
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source