Siapa Sebenarnya Sick Man of Europe?
“Sick Man of Europe” ni ialah istilah yang dilabel kepada negara yang ada masalah ekonomi, pergolakan sosial atau kemiskinan.
Tapi korang bukan Empayar Uthmaniyah je yang dilabel sebagai “Orang Sakit Eropah” ni?
Tsar Nicholas I dari Empayar Rusia dianggap sebagai orang pertama yang menggunakan istilah “Sick Man of Europe” ni kepada Empayar Uthmaniyyah pada pertengahan abad ke-19.
Pada akhir abad ke-19, Empayar Uthmaniyah mula hadap masalah ekonomi.
Rakyat minoriti dan liberalis Turki bangkit memberontak melawan diorang. Uthmaniyah jatuh hingga seolah-olah diorang dah takde harapan lagi sebelum dibubarkan pada awal abad ke-19.
Selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah pada awal abad ke-20, istilah ni turut digunakan untuk negara lain.
Dalam penggunaan moden, istilah ni dikritik kerana asal usulnya dan penggunaan berlebihan yang dipertikaikan.
Semasa tahun 1950-an, Perancis disifatkan sebagai “Orang Sakit Eropah” disebabkan isu ekonomi dan keyakinan yang semakin pudar sejak negara tu ditubuhkan semula selepas Perang Dunia Kedua.
Selain 1950-an, Perancis turut digelar gelaran tu pada 2007 dan 2014 akibat dari pengangguran yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang lemah dan pengeluaran perindustrian yang lemah di Perancis.
Sepanjang penghujung 1960-an dan 1970-an, United Kingdom pun kadangkala disifatkan sebagai “Orang Sakit Eropah”, sebab perselisihan perindustrian dan prestasi ekonomi yang lemah berbanding dengan negara lain.
Pada akhir 1990-an, Jerman sering dilabelkan dengan gelaran ni disebabkan masalah ekonominya, terutamanya sebab kos penyatuan semula Jerman selepas 1990 yang dianggarkan berjumlah lebih €1.5 trilion.
Pada Mei 2005, Itali disifatkan sebagai “Orang Sakit Eropah Yang Sebenar” disebabkan politik Itali yang teruk sampai ekonomi Itali terbantut.
Pada 2018, Itali dilabel lagi sebagai “Orang Sakit Eropah” lepas diorang berdepan masalah kebuntuan selepas pilihan raya.
Malah, Rusia yang mula-mula guna istilah ni pun pernah kena juga.
Selepas pemberontakan Kumpulan Wagner semasa Perang Rusia-Ukraine, pakar sains politik Aleksandar Đokić gelarkan Rusia sebagai “Orang Sakit Eropah” yang nampak sesuai untuk Rusia milik Putin.
Selain tu, Serbia, Portugal, Greece dan Finland pun pernah digelar sebagai “Orang Sakit Eropah” disebabkan ketidakstabilan politik negara-negara tu.
Sebelum gelaran ni diperkenalkan oleh Tsar Nicholas I, ada lagi negara yang boleh digelar “Orang Sakit Eropah”.
Kalau nak tau, ia ada dalam KITAB TAMADUN EROPAH. Ada diskaun RM10 dan RM5 bakal disumbang ke Tabung Cinta Gaza
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source