Program MyBrain 2.0 sasar 500 penerima biasiswa, naikkan Elaun Sara Hidup pelajar B40 KPT lancar MyBrain 2.0
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan pelaksanaan program penajaan MyBrain 2.0 dan menyasarkan 500 penerima biasasiswa setiap tahun bermula tahun hadapan.
KPT jenama semula MyBrain15 kepada MyBrain 2.0
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerima ini terdiri dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tiada pendapatan tetap, termasuk pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Beliau berkata, program tersebut dijenama semula daripada MyBrain15 yang pernah diperkenalkan pada 2011, namun dihentikan pada tahun 2016.
“Program ini bertujuan meningkatkan jumlah pemegang ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan modal insan intelektual dan kepakaran tempatan bagi menyokong pembanguan negara,” katanya ketika melancarkan program itu di Putrajaya, hari ini.
Program MyBrain 2.0 juga diperkukuh menerusi aspek cakupan dan pelaksanaannya termasuk pengemasan kontrak. Ini bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran terma penajaan oleh penerima biasiswa.
“Pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi setiap ambilan, khususnya dalam bidang-bidang yang kompetitif seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di pelbagai peringkat.
“Permohonan untuk penajaan ini pula dijangka akan dibuka pada Januari 2024,” ujarnya.
Artikel lain: KPT tambah baik dasar pendidikan tinggi, main peranan jayakan Ekonomi MADANI
Elaun Sara Hidup (ESH) MyBrain 2.0 dinaikkan
Sementara itu, beliau juga mengumumkan kenaikan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar sedia ada dan baharu di bawah Program Penajaan KPT bagi peringkat sijil sehingga pasca siswazah dalam dan luar negara.
Difahamkan, pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara akan menerima kenaikan ESH sebanyak RM100.
Ia melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET dan Program MyBrain 2.0.
Selain itu, pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas) akan menerima kenaikan ESH sebanyak RM100.
“KPT akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda (RM730), Ijazah Sarjana (RM800), dan PhD (RM1,000).
“Walau bagaimanapun, penyeragaman ini tidak melibatkan MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program adalah lebih baik daripada program-program lain sedia ada,” katanya lagi.
Pelajar sedia ada dan baharu luar negara peringkat Sarjana dan PhD di bawah Program MyBrainSciene akan menerima kenaikan 15 peratus.
Tambah beliau, kadar ESH penuntut di United Kingdom (UK) akan diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan. Ia berikutan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan berlainan.
Begitu juga dengan mereka yang berada di Amerika Syarikat dimana akan diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja.
“Walau bagaimanapun, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan,” tambahnya.
Artikel lain: KPT cakna, naik taraf & bina lebih banyak kolej kediaman kepada mahasiswa
Jelas Mohamed Khaled lagi, pemilihan pelajar bagi tajaan biasiswa ini juga akan melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat dan mewajibkan sesi temuduga bagi pelajar baharu sekali gus melahirkan graduan berkualiti.
Prestasi pelajar juga akan dipantau menerusi Sistem Biasiswa Bersepadu (SBB) yang membolehkan pelajar memuat naik Laporan Kemajuan secara dalam talian dan penilaian kemajuan pelajar dilaksanakan secara sistematik.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source