Da’i Syed minta maaf, samakan warna gincu isteri dengan darah rakyat Palestin Da’i Syed minta maaf isu Palestin
Pendakwah selebriti, Da’i Syed Shah Iqmal, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas menerima kecaman ramai kerana tidak menjaga sensitiviti berhubung isu Palestin.
Ia selepas tular sebuah video memaparkan Da’i Syed menggunakan isu Palestin ketika mempromosikan gincu jualan isterinya, Hana Ismail. Dia juga menyamakan warna gincu isterinya seperti darah rakyat Palestin.
@xtra_my Benda tu pun boleh buat ‘main’ lagi ke?😡 #fyp #xtramy #beritaditiktok #sembangentertainment #selebriti
Da’i Syed minta maaf, tiada niat kaitkan gincu dengan darah
Menerusi perkongsian di siaran langsung di TikTok, dia yang juga penyanyi menyatakan dirinya adalah seorang aktivitis kemasyarakatan dan bukannya berniat berbuat demikian.
Jelasnya, tujuan dia melukis ‘darah’ dengan menggunakan gincu merah pada wajah isterinya adalah sebagai tanda memperingati dan memberi sokongan kepada mangsa terlibat di Palestin.
“Mungkin disebabkan saya ada ambil lipmatte berwarna merah ini dan melukis sedikit di pipi Hana. Kemudian, saya conteng sedikit pada wajahnya..
“Mereka conteng wajah berwarna Palestin dan ada buat darah sikit. Saya tidak pun menghina dan sebagainya. Demi Allah! Saya ingin jelaskan, tiada niat pun. Untuk apa saya buat untuk dihina?”ujarnya.
Artikel lain: Video joget, PU Syed tegur Da’i Syed – “Toksah menunjuk sangat isteri”
Benda normal sebagai tanda sokongan terhadap Palestin
Ujarnya lagi, apa yang dilakukan itu adalah perkara kebiasaan atau normal sahaja sebagai tanda sokongan terhadap situasi yang berlaku di Palestin.
Dia juga mengatakan apa yang dilakukannya itu sama seperti orang lain juga yang menconteng wajah mereka dengan bendera Palestin, begitu jugalah dia dan isteri.
Dalam pada itu, dia turut mengimbas kenangannya pergi ke Palestin dan Syria bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan buat rakyat di negara terbabit.
“Sekali lagi, saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk hina. Saya beranggapan yang darah itu seperti mana orang selalu lukis wajahnya bendera Palestin. Cumanya mungkin tafsiran orang berbeza,”katanya lagi.
@itsme_daisyedfans Meminta maaf adalah dimuliakan. Memaafkan orang lagi mulia daripada orang yang meminta maaf. #daisyed #hanaismail
Sumber: TikTok @itsme_daisyedfans, @xtra_my
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source