Didik Anak Makan Sayur, Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Kongsi Tip
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nanti perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan bayi 8 bulan ini.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Bayi 8 bulan, usia terbaik untuk tambah bilangan makanan pejal
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
- Angkat kepala sendiri?
- Buka mulut ketika nampak makanan?
- Makan makanan dari sudu dan masukkan ke dalam mulut?
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan bayi 8 bulan berikut:
1. Buah buahan
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak. Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
2. Sayur-sayuran
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil. Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
3. Ikan
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
4. Produk tenusu
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
5. Protein
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Beri anak anda makan finger food!
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin. Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Tip untuk makanan bayi 8 bulan
1. Jangan tambah gula atau garam dalam makanan bayi 8 bulan
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
2. Berikan sedikit tekstur pada makanan
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan bayi 8 bulan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
3. Jangan lupa beri susu ibu
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source