Sehari selepas Suhaili sokong Anwar; Hajiji, PGRS lebar sayap ke Labuan
PETALING JAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) melebarkan sayap ke Labuan, sehari selepas Ahli Parlimennya Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan menyokong pentadbian Anwar Ibrahim dan Hajiji Noor.
Dianggotai lebih 2,000, bahagian itu diketuai Rosli Awang Damit.
Naib Presiden I PGRS Mohd Ariffin Mohd Arif berkata parti itu bekerjasama erat dengan parti komponennya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam usaha meraih penerimaan meluas masyarakat pelbagai kaum di pulau ini.
“Kami mahu PGRS Labuan diterima oleh rakyat berbilang kaum di pulau ini dengan kerjasama daripada PBS di sini,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PGRS Labuan pertama.
Beliau optimis PGRS mempunyai kekuatan akar umbi dan percaya parti itu mampu memenangi hati rakyat di Labuan.
Semalam, Suhaili mengumumkan menyokong pentadbiran Anwar yang dibuat dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.
Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Hajiji yang juga ketua menteri Sabah dan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source