Gesa OKU usah malu, Eerah rancang mahu bina jenama burger sendiri
Wanita istimewa. atau orang kelainan upaya (OKU), Jaheerah Nadzri atau dikenali Eerah mempunyai impian dan perancangan untuk membina jenama burger miliknya sendiri pada suatu hari nanti.
Eerah rancang nak ada jenama daging burger sendiri
Menerusi temu bual mStar Online bersama bapa Eerah, Nadzri Abd Majid berkata, anak istimewanya itu mempunyai perancangan untuk membuat daging burger jenama sendiri.
“Eerah hendak mencuba membuat jenama daging sendiri seperti Ramly Burger… Eerah Burger. Tapi tak tahulah, itu cuma niat dia sahaja,”ujar bapanya.
OKU bukan penghalang, Eerah minta berniaga burger
Bapa kepada Eerah berkata, dia tidak menyangka anaknya menerima sambutan yang memberangsangkan selepas video anaknya menjual burger di tepi jalan tular sehingga meraih perhatian netizen.
Malah, video Eerah juga pernah menerima tontonan sebanyak 4.4 juta di aplikasi TikTok.
“Sebenarnya kami memang sudah berniaga lama dah daripada saya bujang lagi niaga burger cumanya sebelum ini Errah buat kuih cornflakes tapi kurang sambutan sebab tunggu musim perayaan saja, jadi dia bosan lalu minta untuk meniaga burger.
“Alhamdulilah tak sangka sebab sambutan yang diterima memang baik dan netizen Malaysia memang supportive bila tengok Eerah istimewa jadi mereka bantu dengan membeli jualan kami sebab ramai yang tengok live di TikTok dia,” katanya lagi.
@jaheerahnadzri94 🍔☺️ #tiktok #fyp #tiktokmalaysia #viral #eerahburger #kotawarisan
Artikel lain: OKU penglihatan tak halang Muhammad Qayyim jadi juara qari antarabangsa
Disebalik ramai suka dengan kegigihan wanita berusia 29 tahun, terdapat sebilangan yang mendakwa keluarga Eerah sengaja menggunakan meraih simpati demi publisiti.
“Ada yang beri komen dekat dia cakap kenapa la bagi dia meniaga sampai badan senget-senget tapi saya cakap dekat Errah pedulikan kata-kata tersebut sebab nak layan pun susah juga sakit hati nanti,” ujarnya.
Tambah Nadzri, anak perempuannya itu akan memasak mengikut kemampuan dan dia bersama dua anak lelaki akan mengambil alih jika didatangi lebih empat pelanggan.
Menurutnya, sebelum ini mereka menjual 60 burger sehari dan sejak video anaknya tular, mereka tidak menang tangan apabila permintaan pelanggan semakin bertambah hingga meningkat dua kali ganda.
Golongan OKU jangan malu
Sementara itu, Eerah meluahkan rasa syukur apabila pelanggan memuji burger yang dijualnya sedap selain mahu golongan OKU senasib dengannya untuk tidak berasa malu dengan kekurangan diri.
“Saya bersyukur apabila ada pelanggan cakap burger yang saya masak sedap dan menyukainya. Terima kasih selalu beri sokongan dan saya mahu rakan senasib tidak berasa malu dengan keadaan diri serta berusaha dengan cara sendiri,”katanya.
Nama Eerah kembali menjadi bualan selepas dia berkongsi video memasak burger bersama bapa di gerai di hadapan Surau Al-Hijrah, Kota Warisan.
Eerah berkata, dirinya memang minat berniaga dan selain berpuas hati dapat membuka gerai burger.
“Saya memang minat berniaga dan seronok dapat membuka gerai burger, malah berpuas hati apabila ada pelanggan cakap burger masakan saya sedap. Bagi saya memasak burger tidak susah dan ayah juga ada membantu saya.
“Saya mahu rakan senasib tidak malu dengan diri kita dan kita juga boleh berusaha dengan cara sendiri.
“Kalau Eerah boleh, rakan senasib juga boleh,”ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi), FB mStar Online
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source