Sudah 38 Tahun Berlalu, Ini Selebriti-Selebriti Popular Lahir Dari ‘Dewi Remaja’
Rezeki kehidupan bukan saja hadir daripada Yang Esa dalam bentuk wang Ringgit dan harta-benda yang melimpah ruah sahaja.
Malah, kebahagian yang tersemat dalam jiwa kita juga merupakan satu bentuk rezeki yang sukar sekali untuk diungkapkan. Apatah lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri mengecapi kejayaan yang bermakna untuk diri mereka.
Ia jelas dirasai oleh pelakon berpengalaman, Didie Alias pada minggu ini setelah anak ketiganya, Nur Dinie Mohd Ridzuan akhirnya bergelar graduan kelas pertama ijazah sarjana muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripda Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Satuk ketika dahulu, Didie pernah mendedahkan kepada peminat mengenai pergelutannya dalam membesarkan kesemua enam orang anaknya sebagai seorang ibu tunggal.
Namun segala pengorbanan yang pernah dilakukan oleh isteri kepada Norisham Ismail ini terbalas jua olehNya setelah satu-persatu anaknya ‘menjadi’ dan menamatkan pengajian dengan jayanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Terima Anugerah Naib Canselor, Anak Didie Alias Tamat Pengajian Ijazah Sarjana – REMAJA
BACA LAGI : Anak Gadis Berjaya Gapai Segulung Ijazah, Didie Alias Luah Rasa Syukur – REMAJA
“Alhamdulillah syukur. Satu-satu Allah curahkan kebahagian buat mumy. Seorang lagi anakanda mumy terima Bachelor in International Business.
“Tanhniah Dinie Ridzuan buat mumy rasa mumy adalah wanita terbahagia dunia akhirat. Hilang segala penat lelah mumy. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Allah,” tinta pemilik nama penuh Fadzilah Mohd Ali ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Didie jelas gembira meraikan momen Dinie menyarungkan jubah konvokesyen sambil mengendong cucunya.
Ya betul!
Dinie terlebih dahulu telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan, Hanif Lutfi pada tahun 2021 dan hanya enam bulan lalu, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Hannah Jasmine.
Peranan Dinie sebagai seorang isteri dan ibu langsung tidak memadamkan semangatnya untuk menggapai skrol tersebut. Terdahulu, Dinie pernah menuntut di sebuah universiti dalam bidang sains. Begitupun, dia memutuskan untuk berhenti belajar di sana atas sebab-sebab tertentu sebelum memohon menyambung pengajiannya di UniKL.
Kata Dinie, sepanjang tiga tahun dia bergelumang dalam pengajian di UniKL, dia tidak penah merasai sedikit pun kebencian terhadap pelajaran disebabkan niat ikhlas yang dipasang olehnya untuk membanggakan keluarganya.
“Tentunya, saya tidak menggalakkan anda untuk melepaskan matlamat anda (seperti yang dilakukan sewaktu mengambil jurusan sains). Bagaimanapun, anda lebih mengerti hati sendiri. Ikutlah kata hati dan anda akan tiba di destinasi yang dituju.
“(Kepada keluarga saya), terima kasih kerana menerima saya seadanya, (walaupun) degil tidak mahu dengar cakap. Selalu melakukan benda mengikut kepada sendiri.
“Mamy Didie, Daddy Ayah, you guys rock. Terima kasih kerana selalu percayakan saya dan adik-beradik yang lain. Walaupun ketika saya berhenti dahulu, ibu saya marah. Sedikit demi sedikit saya kembalikan kepercayaannya pada saya dan kini dia menyokong saya sepenuhnya,” ujarnya.
Tahniah Didie & Dinie! Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya, bukan?
BACA LAGI : “Budak Baru Nak Naik Tunjuk Bakat, Tak Perlu Ada Content Bodoh..” – Didie Alias – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source