Selebriti rimas lihat wanita ‘garik’ tinggalkan komen gatal ketika live isu sensitif
Selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Hazeman Huzir berang apabila ada sesetengah wanita yang hadir dalam siaran langsung di media sosialnya meninggalkan komen gatal sewaktu dia dan seorang rakyat Palestin sedang mengulas tentang konflik yang melanda negara terbabit.
Macam tiada rasa hormat langsung
Menerusi hantarannya di Instagram, Hazeman atau biasa disapa Haze memaklumkan ada sesetengah wanita meninggalkan komen-komen yang seakan tidak menghormati rakyat Palestin tersebut serta tidak fokus ke atas inti perbicaraan mereka.
“Bukan seorang je perempuan, tetapi ramai ya. Ramai!
“Aku buka komen section tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita gelenyar & garik seolah tak pernah nampak jantan dalam hidup.
TAK MALU ke seorang lelaki perlu ingatkan kaum korang untuk turunkan pandangan?” tegurnya.
Wanita komen gatal ramai yang dah berkeluarga
Ujarnya lagi, lebih memalukan adalah komen tersebut ditinggalkan oleh wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak melihat dari gambar profil mereka.
“Ni baru dekat live IG belum lagi dekat app TT. Aku nampak komen “nak jadi bidadari syurga kepada pejuang”. Siap “pejuang sinsing lengan” became a trending link.
Pastu bila check profile rupanya MAK MAK ORANG.
Maaf kata, kalau nak jadi bidadari syurga, please act like you want to actually enter heaven.
Dan bukan tinggalkan komen seperti wanita tidak beragama tanpa pedoman,” dedah Haze.
Jangan komen gatal, jaga maruah diri & negara
Susulan daripada itu, bekas pengacara program Motif Viral berkenaan menegur dan meminta agar para wanita yang berperangai sebegitu supaya lebih menjaga tingkah laku serta tutur kata kerana ia melibatkan pandangan orang luar terhadap kita.
Mana tidaknya, mereka meninggalkan komen sewaktu perbahasan yang sangat sensitif sehingga menyebabkan ramai terganggu dengan kenyataan ‘gatal’ mereka ketika melihat jejaka Palestin yang sedang bersiaran langsung.
“Buat wanita yang otaknya masih waras, ingatkan your sisters to act with grace and modesty.
“Malu tahu tak? Malu negara kita tunjuk perangai camtu dekat orang luar.
Tak payah SIBUK nak ikut berjuang sekali kalau macam ni rupa kita. Umat kita sendiri terkontang kanting.
Baru tunjuk dahi licin sikit, hidung mancung sikit dah kalah dengan pandangan. Menda korang ni?
Just so you know, I continued the live with great embarrassment because my fellow Malaysians cant behave like a proper human. Hati tu buta dan tone deaf,” selarnya.
Malu bila seorang lelaki yang tegur macam ni
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh selebriti terbabit kerana merasakan sesetengah pihak seakan tiada common sense apabila sibuk memuji-muji wajah jejaka Palestin itu sambil berangan ingin menjadi ‘bidadarinya’ tanpa fokus kepada apa yang disampaikan.
Mereka juga menyokong tindakan Haze yang terus ‘menyekolahkan’ para wanita terbabit agar perkara sebegitu tidak berulang lagi kerana ia bukan hanya menjatuhkan maruah diri tetapi turut memalukan negara Malaysia.
Macam tiada adab!
Yang komen tu wanita Muslim dewasa. Tak malu ke?
Memang geram tengok perempuan menggeletis dekat komen
Tengah live isu penting boleh suruh jangan serius sangat
Sumber: Instagram Hazeman Huzir
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source