KPKT sedia garis panduan penginapan pekerja
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) membangunkan garis panduan penginapan, bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan mematuhi perundangan.
KPKT dalam kenyataan memaklumkan, kementerian menyediakan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) untuk tempoh sementara iaitu 2024-2026 dan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) bagi pelaksanaan jangka masa panjang.
Kenyataan itu memaklumkan garis panduan itu, disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan, dalam menyediakan penginapan pekerja.
“Perkara itu meliputi pekerja asing dan pekerja tempatan selaras keperluan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 serta akta-akta lain berkaitan,” menurut kenyataan KPKT.
Sebelum ini, terdapat beberapa laporan media mengenai kebajikan pekerja asing yang terpaksa tinggal dalam rumah atau asrama yang sempit.
Menurut laporan itu, berpuluh-puluh pekerja asing terpaksa tinggal dalam ruangan asrama yang sesak tanpa kemudahan lengkap tandas dan bilik mandi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source