Tahniah! Peserta Uzbekistan johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2023
Pelajar dari Uzbekistan, Gulzoda Utkuroya diumumkan sebagai Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) di bawah kategori antarabangsa Piala Perdana Menteri 2023 dalam pusingan akhir di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia malam tadi.
Penuntut Tashkent State University of Oriental Studies (TSUOS) berjaya menewaskan rakan seuniversiti, Sarnivoz Akramova Abdulvohid Qizi serta pelajar China, Sun Zichang dari Beijing Foreign Studies University (BFSU).
Gulzoda menewaskan rakan seperjuangannya menerusi pidota bertajuk “Bahasa Menjulang Bangsa”.
Penuntut Timor-Leste Johan Pidato Bahasa Melayu, kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia
Bagi kategori pelajar antarabangsa di Malaysia, pelajar Universiti Malaysia Sabah iaitu Carla Goncalves de Oliveira Sarmento dari ‘Timor-Leste’ dinobatkan sebagai pemenang dengan membawa tema Cerita Hikayat Rakyat Satu Khanazah menerusi Pesan Pusaka Hikayat Nusantara.
Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari Sudan, Abuelgasim Saadeldin Mansour Mohamed dipilih sebagai naib johan, manakala pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Faizal Muhammad dari Bangladesh meraih tempat ketiga.
Sementara itu, peserta negara, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM) dan Ivanatasha Abdul Majid (Universiti Teknologi MARA, UiTM) meraih tempat pertama dan kedua bagi kategori Alam Melayu.
Tempat ketiga dirangkul wakil Brunei Abdul Mujib Awang Sh’minan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi pidato bertajuk “Pelita Keluarga Harapan Bangsa”.
Artikel lain: Petah berbicara, Fatihah Salahuddin warisi sifat kepimpinan arwah bapa
Difahamkan, Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala pusingan dan piala iringan manakala naib johan menerima RM8,000 dan tempat ketiga RM5,000.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir bagi merasmikan pertandingan.
Julang keindahan dan kehalusan bahasa
Beliau berkata, PABM merupakan salah satu daripada program utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), khususnya dalam mengangkat dan mempromosikan Bahasa Melayu di seluruh dunia.
“Kita mahu masyarakat dunia melihat Bahasa Melayu dengan segala keunikanya.
“Pantun yang santun, madah nan indah, gurindam seribu langgam. Dan, puisi yang sarat isi. Semua ini adalah seni dan seri bahasa yang menggambarkan keindahan serta kehalusan Bahasa Melayu. Khazanah dan warisan Bahasa Melayu yang sangat besar dan hebat,”ujarnya.
Beliau juga mahu semua orang menjadikan Bahasa Melayu sebagai tarikan dan pengisiaj dalam menjayakan diplomasi pengetahuan.
Jelasnya, ia bertujuan dalam membina, mengukuhkan hubungan antarabangsa yang berasaskan pengetahuan dan ilmu. Oleh itu, Bahasa Melayu mesti menjadi sebahagian daripada disiplin yang diketengahkan, bahasa sejagat, khusus dalam menterjemah agenda negara yang merentas kaum dan bangsa.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source