Berdepan serangan anxiety, Khai Bahar simpan pisau elak cederakan diri sendiri
Penyanyi terkenal, Khai Bahar memaklumkan yang dirinya pernah berdepan dengan serangan ‘anxiety’ iaitu kebimbangan melampau sehingga mendengar bisikan yang menyuruhnya mencederakan diri sendiri.
Ajak adik-beradik tinggal sekali elak anxiety
Memetik laoporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin telah mengambil inisiatif dengan meminta adik-beradiknya sama-sama tinggal di ibu kota bagi membantu untuk menangani masalah anxiety yang dihadapinya.
“Pernah satu ketika, saya menyimpan pisau di dalam almari kerana tidak mahu mencederakan diri sendiri kerana mendengar pelbagai bisikan. Malah, saya juga mendengar suara yang menyarankan saya untuk terjun balkoni di kondominium yang didiami.
“Oleh itu, saya mengambil langkah mengajak adik-beradik bersama pasangan mereka untuk tinggal bersama saya. Pelbagai ikhtiar yang saya lakukan untuk mengelak diri melakukan perkara yang tidak diingini.
“Malah, saya juga mengambil tempoh yang lama untuk keluar melihat dunia kerana hanya ingin duduk terperuk di rumah saja. Keluar pun atas urusan kerja, jika tiada perkara yang penting memang saya hanya duduk di rumah.
Ada juga masanya saya rasa seperti sesak nafas pada tengah malam dan terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Untuk menyedapkan hati, saya juga menjalani ‘medical check up’ dan hasilnya saya sihat walafiat,” katanya dalam temu bual di program One On One.
Khai Bahar kini bersyukur masalah dapat ditangani
Penyanyi berusia 29 tahun itu menyatakan yang serangan anxiety dihadapinya mungkin berpunca daripada persepsi umum mengenai pelbagai kontroversi yang pernah melanda,
Walau bagaimanapun, ketika ini dia bersyukur kerana kini dapat menangani masalah tersebut dan boleh berkongsi kepada umum berkaitan kesedaran tentang penyakit mental itu.
“Kita tahu apa yang terbaik untuk tubuh kita, jadi kita tahu apa yang harus dilakukan dan dielakkan daripada terkena serangan kebimbangan melampau ini. Jadi saya melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan serangan ini tidak lagi menyerang diri saya.
“Kepada semua pesakit mental yang melalui fasa yang sukar, percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Segera dapatkan bantuan pakar psikiatri dan jangan malu kerana penyakit berkaitan kesihatan mental,” katanya.
Artikel lain: “Saya berduet kerana kerja, bukannya cinta,”-Khai Bahar belum fikir soal jodoh
Alami demam viral baru-baru ini
Sebelum ini, Khai Bahar telah berkongsi beberapa keadaan dirinya yang berada di dalam wad hospital. Difahamkan, Khai mengalami demam viral dan sedang beransur sihat memandangkan bakal mengadakan konsert Sabtu ini.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), IG officialhlive
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source