Versi Snow White Original Memang Dark
Masih lagi tak serik buat remake cerita kanak-kanak, kali ini Disney nak remake cerita Snow White and the Seven Dwarfs. Tahukah anda, versi Snow White yang korang tonton sebelum ini pun sudah diubahsuai Disney.
Apa versi yang original?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Snow White and the Seven Dwarfs diambil dari kisah dongeng karangan Brothers Grimm pada 1812. Kalau nak tahu, sudah 17 kali plot ceritanya diubah oleh penulisnya. Agaknya, sebab terlalu dark. Tak sesuai untuk paparan kanak-kanak.
Apa yang dark sangat?
Once upon a time, ibu Snow White terkena luka di jari. Darah merah pun menitis ke salji. Darah yang bertompok atas salji tu nampak cantik pulak.
Ibunya pun cakap: “If only I had a child as white as snow, as red as blood, and as black as the wood in this frame.” Tak lama kemudian, Snow White pun lahir, namun ibunya mati beranak akibat pendarahan.
Bapanya iaitu seorang raja telah berkahwin lagi. Dapatlah Snow White seorang ibu tiri yang kejam. Ratu punya benci dengan Snow White, dia mengarahkan pemburu untuk membunuh gadis ini. Tetapi, pemburu tak sanggup melakukannya. Dia pun pulang dengan membawa jantung, paru-paru dan hati binatang kepada Ratu. Wanita jahat ini menyangka itulah organ sebenar Snow White dan dia pun memasaknya. Bila sup dah menggelegak, dia meratahnya sepuas hati. Cannibalism!
Snow White pula sempat menyelamatkan diri ke hutan. Dipendekkan cerita, gadis ini dijaga oleh 7 dwarf yang baik hati. Pada suatu hari, seorang ahli sihir datang dan memberi epal beracun kepadanya. Snow White makan dan dia pun pengsan.
Hampir mirip dengan versi revisi Disney, versi asal juga merakamkan putera raja terjumpa Snow White dalam keranda kaca. Apa yang angker adalah, tiada ciuman seperti dalam versi disney. Putera raja itu membawa keranda kaca itu ke istananya. Dia mahu hidup bersama ‘mayat’ gadis itu semata-mata kerana ia cantik. Sampaikan tak lalu makan kalau tak tengok gadis ‘mati’ itu. Creepy!
Tapi, Snow White terjaga jugak. Mereka berdua pun berkahwin. Ending versi original lagi dark. Ratu yang dapat tahu Snow White masih hidup, datang tanpa diundang ke majlis perkahwinan Snow White. DI sanalah perempuan jahat itu dipaksa untuk memakai kasut daripada logam dan ia dibakar dengan api yang panas. Ratu dipaksa untuk menari sambil dirinya terbakar dan mati.
Cukup dark tak?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang minat vibe fairytale, eloklah baca PUTERI BUNIAN BULAN. Gerenti puas hati! Klik: https://bit.ly/PuteriBB
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source