Individu kongsi surat terbuka, dakwa Bubble Bee tak carum KWSP & lambat bayar gaji
Seorang individu tampil mendakwa jenama pencuci mulut dan minuman Bubble Bee milik pelawak Shuib Sepahtu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @penuntutkeadilan, individu tersebut mendakwa syarikat itu culas dalam membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beberapa luahan dimuat naik ke akaun itu mengandungi kenyataan yang mendakwa syarikat berkenaan menolak bahagian gaji pekerja setiap bulan bagi caruman KWSP.
Namun begitu, walaupun slip gaji mereka menunjukkan penolakan EPF setiap bulan tetapi tiada sebarang transaksi kemasukan duit ke dalam akaun KWSP pekerja.
“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja?? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat.
“Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu???,” dakwanya.
Individu itu mendakwa, walaupun pembayaran KWSP masih ada namun hanya dibayar untuk beberapa bulan sahaja bagi mengaburi mata pihak lain.
“Masuk sahaja tahun 2023, tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya satu atau pun dua bulan sahaja.
“Itu pun sekadar mengaburi mata pihak yang lain. Sekarang ni dah sampai penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan-bulan yang selebihnya itu ya?
“Sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada sebarang isu mengenai pembayaran KWSP ni tapi masuk je 2023 hal ini menjadi semakin melampaui batas,” katanya.
Pada masa yang sama, dia juga mendakwa syarikat itu seringkali lewat membayar gaji pekerja sehingga melebihi hari ketujuh minggu pertama setiap bulan berikutnya.
“Cut off gaji 23 haribulan tapi gaji tetap dapat lewat 7 haribulan atau lebih dari tarikh itu. Setiap double pay atau overtime dibayar lewat pertengahan bulan.
“Kenapa pihak anda sentiasa menunda hak pekerja bawahan anda? Anda boleh membeli warehouse baru tapi kenapa anda tidak mahu membayar KWSP pekerja anda?
“Orang luar boleh cakap ‘tahniah anak melayu berjaya’ tapi hakikatnya? Kebajikan pekerja hauk.
“Berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ni sebab bahagian pengurusan atasan bermasalah dan isu KWSP ini juga,” dakwanya lagi.
Malah, dia mendakwa walaupun syarikat terbabit kelihatan gah di mata orang tapi hakikatnya syarikat tersebut seperti tin kosong sahaja dan itu bukanlah tiket untuk menganiayai orang lain yang mencari rezeki.
“Jagalah imej anda dengan baik, kerana bila-bila masa sahaja anda akan jatuh,” luahnya.
Individu itu juga menyatakan pekerja syarikat Bubble Bee telah pun membuat aduan kepada pihak KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja namun pihak tersebut belum mengambil sebarang tindakan.
“Aduan ke KWSP dan BURUH sudah dibuat, tapi pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat. Benda ni agak musykil ya.
“Sudah banyak aduan telah dibuat dalam masa setahun ni tapi apakah tindakan pihak yang berwajib untuk isu ini?
“Pihak yang berwajib tidak memberikan sebarang maklum balas,” ujarnya.
Individu berkenaan juga mendakwa cuba untuk menghubungi Shuib menerusi komen Instagram, namun pihaknya hanya akan memadam komen dan menyekat akaun tersebut.
“Setiap komen di Instagram mengenai gaji atau KWSP, anda padam dan and block sesetengah akaun tersebut, dan saya juga antara salah satu akaun yang anda block.
“Untung RM150 juta, tapi dari berbelas-belas pekerja dan jadi empat orang sahaja kerana disingkirkan oleh pihak syarikat.
“Untuk RM150 juta tapi medical claim pekerja tak boleh guna kerana ditarik balik dengan alasan ‘sales slow’ dan tak dapat bagi kemudahan itu lagi.
“Untung RM150 juta tapi bagi duit raya dekat pekerja pun bersyarat. Yang penting untung RM150 juta tapi dah setahun tak bayar KWSP dan SOCSO pekerja,” ujarnya.
Perkongsian akhir individu tersebut menunjukkan pembayaran KWSP pekerja pada tahun 2022 yang tidak mempunyai sebarang masalah.
Walau bagaimanapun, bermula sahaja tahun 2023, pembayaran KWSP tidak konsisten dan hanya dibayar dalam beberapa bulan sahaja.
Selain itu, individu itu juga berkongsi tangkap layar menunjukkan dia telah disekat oleh Shuib di Instagram berkemungkinan meninggalkan komen berkenaan gaji pekerja.
Walaubagaimanapun, sehingga kini Shuib masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan individu tersebut.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source