Orang Melayu Yang Berjihad Melawan Zionist
Walaupun jarak Malaysia dengan Palestin beribu-ribu batu, ia bukanlah alasan untuk kita menutup mata. Semasa Perang Arab-Israel 1967 lagi, orang Melayu turun berjihad melawan Zionist di Palestine.
Apa terjadi masa tu?
Ketika presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser mengisytiharkan perang kepada Israel, ramai orang Melayu yang turut menyatakan sokongan. Kerajaan Malaysia membuka jalan kepada sukarelawan dan sedia untuk menyediakan pengangkutan untuk sesiapa yang mahu menyertai peperangan itu.
Pejabat Konsul Jeneral Mesir di Singapura turut mengedarkan borang khas. Dua orang perempuan Melayu ikut mendaftar pada 2 Jun 1967. Fauziah binti Sani dan Saleha binti Osman adalah di antara 71 mahasiswa Kolej Islam Malaya yang turut serta.
Termasuklah seorang lagi pelajar wanita iaitu Latifah binti Jailani. Jumlah sukarelawan yang mendaftar di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur mencecah 900 orang.
Dua hari kemudian, 40 orang lagi mendaftarkan diri sebagai sukarelawan sambil membawa sepanduk yang mengutuk kerajaan Amerika dan British yang bersekongkol dengan Israel. HMS Hussein menyerahkan memorandum sokongan rakyat Malaysia kepada Mesir.
Seterusnya, jumlah sukarelawan ke Palestin semakin meningkat dari hari ke hari. 6 Jun, hampir 1,500 orang mendaftar. 7 Jun, hampir 2,000 orang mendaftar. 8 Jun, tambahan 500 orang lagi. Nampaknya, sokongan orang Melayu semakin rancak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Perdana menteri dan timbalannya, Tunku Abdul Rahman bersama Abdul Razak Hussein, merasa bimbang dengan krisis Arab-Israel dan berharap krisis di Timur Tengah itu tidak bertambah parah. Pada 24 Disember 1970, Tunku Abdul Rahman bertolak ke Karachi untuk menemui pemimpin-pemimpin Islam lain.
Dalam sebuah perhimpunan yang dihadiri 23 negara Islam, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Islam yang pertama untuk Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam. Persidangan ini kemudian dinamakan sebagai Organisation of the Islamic Conference (OIC).
Sokongan Malaysia kepada Palestin terus berlanjutan sampailah ke hari ini. Malah, kita telah bersama-sama mengecam kekejaman Israel sejak 1930 lagi menerusi sokongan mahasiswa yang mengaji di Universti al-Azhar, Mesir seperti Haji Abu Bakar Ashaari.
Beliau merupakan Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-Ṭalabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar) dan telah menjejakkan kaki ke Palestin bagi menzahirkan sokongan padu.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Perang Arab-Israel merupakan peristiwa bersejarah yang telah menggegarkan bumi Baitulmuqaddis dan Mesir. Kenal perangai sebenar mereka dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Klik: https://bit.ly/3MkDT6b
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source