Bukan nak jadi rakan rapat, Neelofa cuma mahu buka lembaran baru
Selebriti sensasi, Neelofa yang baru-baru ini memaklumkan mahu berdamai dengan pelakon terkenal, Fazura ekoran daripada pelbagai isu sejak 13 tahun lalu menjadi perbualan ramai.
Letih diapi-apikan netizen
Menurutnya, dia sudah penat dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi apabila ‘diapi-apikan’ sesetengah peminat sehingga isu menjadi lebih besar.
Neelofa mahu move on
Ujarnya lagi memetik laporan dari Melodi, dia mahu ‘move on’ daripada kisah lama dan mahu membuka lembaran baru. Dia juga memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan dengan Fazura, namun ruang pendamaian tersebut bukan bermakna mereka perlu bersahabat baik.
Neelofa hanya ingin menghentikan segala konflik lama dan memandang kehadapan untuk kehidupan masing-masing.
“Diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan move forward daripada isu-isu lepas. Saya akan sambut dengan hati yang baik dan lapang. Insya-Allah.
“Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Kita berdua pun dah ada keluarga dan anak-anak. Masing-masing nak letak ke belakang benda yang lama dan pandang ke depan.
“Bukan nak kata oh jadi bff dan sebagainya. Tidak.. Cukup sekadar membuka chapter yang baru,” katanya.
Artikel lain: Neelofa sedia berdamai dengan Fazura, penat asyik ‘diapi-apikan’ netizen
Fazura anggap naratif perang dingin dengan Neelofa tak betul sama sekali
Sebelum ini, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Shariffuddin, 40 telah menulis panjang lebar di Instagramnya mengatakan ‘naratif perang dingin’ antaranya dan pihak ‘disana’ sama sekali tidak betul dan dia tidak tahu apa niat ia dibangkitkan.
Ujarnya lagi, jika dia tidak berkawan dengan sesiapa bukan bermakna dia perlu bermusuhan dan keizinan suami untuk dia berteman dengan mana-mana pihak juga perlu diberi keutamaan.
Sumber: Instagram Meloditv3, Instagram missfazura
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source