Kenapa Pemain Jerman Tutup Mulut Masa World Cup?
Benda ni dah jadi tahun lepas, tapi isu ni masih relevan yang menunjukkan bola sepak pun dipengaruhi dengan agenda-agenda barat.
Piala Dunia 2022, FIFA dan Kerajaan Qatar larang penggunaan lilitan kapten pelangi yang melambangkan LGHDTV. Sendiri faham-faham la.
Oleh sebab tu setiap pemain Jerman tutup mulut mereka dalam gambar pasukan mereka sebagai protes terhadap pengharaman lilitan pelangi ni.
FA Jerman menjawab dengan kenyataan yang memakan diri diorang sendiri di masa depan.
“Ia bukan tentang membuat kenyataan politik – hak asasi manusia tidak boleh dirunding. Tidak patut diambil mudah, tetapi ia masih tidak berlaku. Itulah sebabnya mesej ini sangat penting bagi kami.”
“Menafikan kami lilitan adalah sama seperti menafikan suara kami. Kami tetap dengan pendirian kami.”
“Kami mahu menggunakan lilitan kapten kami untuk mengambil pendirian untuk nilai yang kami pegang dalam pasukan kebangsaan Jerman: kepelbagaian dan saling menghormati. Bersama-sama dengan negara lain, kami mahu suara kami didengari.”
Itu kalau dia yang kena, kalau kita yang kena, kita pulak yang ditutup mulut daripada bersuara.
Baru beberapa hari ni, Noussair Mazraoui, pemain kelahiran Maghribi bangkit menyatakan pendiriannya yang pro Filastīn mendapat reaksi segera oleh kelab dia sendiri iaitu Bayern Munich yang pro-Israīl.
Sedangkan konflik yang jadi sekarang ni pun konflik kemanusiaan!
Bukan hanya Mazraoui, Anwar El-Ghazi pemain Mainz 05 dan Youcef Atal pemain kelab Perancis OGC Nice turut menjadi mangsa hanya kerana bercakap mengenai pendirian mereka di media sosial berkenaan konflik ketika ni. Diorang dikenakan tindakan disiplin oleh kelab.
Pagi tadi, pemain paling terkenal Mesir, Mohamed Salah post satu video pasal konflik ni. Beliau tekankan yang ni merupakan konflik kemanusiaan dan menyeru pemimpin-pemimpin dunia supaya hentikan konflik ni daripada berlarutan lagi panjang.
Semoga ada lagi yang berani untuk menegakkan keadilan.
KITAB TAMADUN EROPAH ada cerita pasal apakah pegangan masyarakat Eropah dahulu yang turut melarang LGTVHD ni. Kalau nak tau lebih, dapatkan segera!
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source